Misi terakhir kapal angkasa Atlantis


Agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) akan melancarkan kapal angkasa Atlantis dalam misi terakhir penuh risiko bagi menyelenggara teleskop angkasa Hubble.

"Atlantis sedia untuk terbang," kata Pengarah Ujian Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Charlie Blackwell-Thompson yang turut memberitahu bahawa pelancaran itu akan berjalan mengikut jadual pada pukul 2.01 petang (pukul 2.01 pagi waktu Malaysia).

Ramalan kaji cuaca melaporkan peluang pelancaran di Pusat Angkasa Kennedy, Cape Canaveral adalah 90 peratus cerah.

Misi 11 hari Atlantis itu adalah yang kelima dan bertujuan sebagai operasi selenggara terakhir sebelum pesawat angkasa itu dihentikan penggunaannya.

Sekiranya berjaya NASA menjangka misi itu akan memanjangkan hayat teleskop angkasa itu selama sekurang-kurangnya lima tahun lagi.

Penyelenggaraan Hubble memerlukan lima kali berjalan di angkasa dengan setiap satu memakan masa sehingga tujuh jam. Krew Atlantis akan menggantikan enam giroskop, bateri serta menaiktaraf peralatan optiknya.

Dilancarkan pada 1990, Hubble adalah peralatan yang sangat penting dalam sejarah bidang astronomi.

Peralatan berkuasa tinggi itu adalah untuk 'mengintai' angkasa lepas sehingga membuka peluang saintis meneroka angkasa dan mengenal pasti asal usul dan evolusinya.

Namun, pakar di NASA menegaskan bahawa risiko adalah tinggi kerana amaun kerja yang banyak dalam misi penyelenggaraan paling mencabar ini.

- AFP
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url