Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2009

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) 2006-2010 (RMK-9)

* Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 bersamaan 26 Zulhijah 1427 di Putrajaya International Convention Centre (PICC),Putrajaya

1.0

PIPP DAN WAWASAN 2020 1.1 Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020 ( Hasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri). Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran.

1.2

2.0

PIPP DAN MISI NASIONAL 2.1 Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan ‘Minda Kelas Pertama’ sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju. Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan teras Misi Nasional terutama bagi Teras 2 dan Teras 3 iaitu:Teras 2 Teras 3 : : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’ Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif

2.2

1 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

3.0

PENDIDIKAN KEBANGSAAN: PERLETAKAN ASAS 3.1 Pada abad Ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan teras utama berikut:• • • • Akses kepada pendidikan Ekuiti dalam pendidikan Kualiti dalam pendidikan Kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan

3.2

3.3

Berdasarkan teras utama ini, KPM merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan. Antaranya:• • • • • • Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar. Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat. Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa

2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

4.0

PENDIDIKAN KEBANGSAAN: MELANGKAH KE HADAPAN 4.1 Dalam tempoh 15 tahun akan datang KPM berhasrat:• • • Membangunkan modal insan dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia yang maju Memastikan akses, ekuiti dan kualiti yang menjadi tunjang agenda pendidikan dapat diteruskan Merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia pada Tahun 2020

4.2

PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. Pendekatan PIPP Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Dua pendekatan utama telah dikenalpasti sepanjang tempoh RMK-9 iaitu:Pendekatan Pertama : Menyelesaikan Tugas Yang Masih Belum Selesai dan Kesamarataan Peluang Pendidikan • Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain. Memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar dan pedalaman. Perluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet.

4.3





3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

PENDEKATAN KEDUA : KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN • KPM akan memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang (mengekalkan kecemerlangan dan mampu mempertingkatkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi). KPM akan mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Premier, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah 100 tahun (Centennial), Sekolah Bestari serta sekolahsekolah Putrajaya dan Cyberjaya.



Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
ASAS PEMBANGUNAN
• • • • • Misi Nasional Dasar-dasar Pembangunan Negara Dasar Pendidikan Kebangsaan Islam Hadhari Pelan Integriti Nasional • •

PENDEKATAN
Kesamarataan Peluang Kecemerlangan Institusi Pendidikan

TERAS STRATEGIK PIPP
• • • Membina Negara Bangsa Membangunkan Modal Insan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Merapatkan Jurang Pendidikan Memartabatkan Profesion Keguruan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

TERAS ASAS PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
• • • • Akses Ekuiti Kualiti Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan Pendidikan

• • •

MATLAMAT Pendidikan Berkualiti Untuk Semua

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN • •
Kerjasama dan Komitmen Warga Pendidikan Kerjasama dan Komitmen Pihak Berkepentingan Sistem Penyampaian Pendidikan Sistem Pemantauan dan Penilaian

Rajah 1 : Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

• •

4

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

4.4

Teras Strategik PIPP 6 teras strategik telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara seperti jadual 1 berikut:JADUAL 1 : TERAS STRATEGIK PIPP Membina Negara Bangsa Membangunkan Modal Insan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Merapatkan Jurang Pendidikan Memartabatkan Profesion Keguruan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Teras Teras Teras Teras Teras Teras

1 2 3 4 5 6

5.0

Membina Negara Bangsa KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. 5.1 Peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cintakan negara. KPM berhadapan dengan cabaran besar melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia. Harapan KPM adalah memupuk jati diri melalui kurikulum, program kurikulum dan sukan. Sistem pendidikan perlu melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan leberalisasi. Fokus KPM dalam membina Negara Bangsa mencakupi usaha-usaha berikut:• • • • Memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu Memantapkan perpaduan dan integrasi nasional Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan kehidupan

5.2 5.3

5.4

5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

6.0

Membangunkan Modal Insan Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia , berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. 6.1 Tugas KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang bagi ; • • • memperkembangkan potensi diri melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

6.2

Pembangunan modal insan juga termasuk melengkapkan diri pelajar dengan; • • • • • kemahiran komunikasi berkesan kebolehan menggunakan ICT dengan baik berfikir secara kreatif dan kritis mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat

6.3

Modal insan yang ingin dilahirkan akhirnya berupaya untuk berfikir kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah dan berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

6 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

6.4

Fokus dan Strategi Pelaksanaan Membangunkan Modal Insan
Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan • Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi • Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan • Melaksanakan program pembestarian sekolah

Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar • Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran mata pelajaran dan pengkhususan • Meningkatkan peruntukan ekolah belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan • Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara • memperluas dan memantapkan lagi pelaksanaan MPV di sekolahsekolah

Fokus dan Strategi Membangunkan Modal Insan

Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan • Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai kemahiran ’hard & soft skills’ • Membina penampilan diri yang positif • Memupuk pelajar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab • Menekankan aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti kokurikulum • Memastikan sekolah memberi penekanan keselamatan, kebersihan ganda dan kesihatan pelajar • Melipatgandakan program pembangunan insan bagi menangani gejala sosial melalui penerapan nilai-nilai murni • Memantapkan program 3K

Memantapkan Program Kokurikulum dan Sukan • Menambah baik aktiviti sukan dan kokurikulum • Meningkatkan semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati bermula daripada peringkat awal persekolahan • Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua • Menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum • Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan • Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat kokurikulum, kolej matrikulasi dan IPG • Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian dan pihak luar KPM 7

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik • Menyediakan pentaksiran alternatif • Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan • Memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian

Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin • Mempelbagaikan saluran aduan terus

Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi • Pelaksanaan aktiviti dengan pelbagai agensi

Memperkukuhkan disiplin pelajar • Penggubalan peraturan disiplin baru • Menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan Sekretariat Tetap menangani gejala salah laku murid • Memantau sekolah-sekolah yang menghadapi masalah disiplin • Meningkatkan kerjasama antara KPM dengan agensi keselamatan berkaitan • Memperkukuh usaha menangani gejala disiplin melalui Jawatankuasa Bertindak

Fokus dan Strategi Membangunkan Modal Insan

Memantapkan kurikulum • Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan • Penyediaan infrastruktur dan perkakasan mencukupi bagi pembestarian sekolah

8 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

7.0

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) 7.1 Di dalam PPIP, SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. KPM telah memperkenalkan Dasar memperkasakan SK supaya SK kekal sebagai pilihan utama masyarakat Malaysia. Fokus memperkasakan SK pada peringkat sekolah rendah dan menengah adalah untuk menjadikan sekolah-sekolah ini lebih beraspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana. Ciri-ciri SK perkasa adalah seperti dalam rajah 2 berikut:-

7.2 7.3

7.4

INFRASTRUKTUR LENGKAP DAN BERKUALITI

PEMIMPIN DAN GURU CEKAP, TERLATIH DAN BERKUALITI

MENAWARKAN BAHASA CINA DAN TAMIL PENCAPAIAN AKADEMIK CEMERLANG SISTEM SOKONGAN YANG KUAT DAN MENCUKUPI IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH SIHAT SEMUA PELAJAR MENGUASAI 3M

PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM BERASASKAN PELANGGAN

SEKOLAH PERKASA

PENAWARAN & PELAKSANAAN KOKURIKULUM YANG BERKESAN PENCAPAIAN SAHSIAH CEMERLANG

BERASPIRASI NASIONAL

Rajah 2 : Ciri-Ciri SK Perkasa

9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

7.5

Fokus dan Strategi Memperkasakan SK
Pemantapan Kepimpinan Pengetua / Guru Besar dan Kualiti Guru • Memantapkan kepimpinan Pengetua / Guru Besar • Meningkatkan kualiti guru

Perluasan Program Prasekolah • Menambah bilangan kelas prasekolah KPM • Menggunakan kurikulum Prasekolah Kebangsaan • Memastikan murid berkeperluan khas mendapat program prasekolah • Memastikan guru dan pembantu guru mencukupi dan terlatih

Pengukuhan Budaya Sekolah • Mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat MENINGKATKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN

Pemantapan Kurikulum • Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M • Memperluas j-QAF • Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil • Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas • Meningkatkan akses dan pilihan program di peringkat menengah

Peningkatan Prestasi Akademik SK • Memastikan semua pelajar mendapat peluang bersekolah • Memantapkan program intervensi

Penambahbaikan Sistem Sokongan • Menambahbaik sistem sokongan • Menambah bilangan pembantu guru

Pemantapan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan • Menambahbaik aktiviti kokurikulum dan sukan • Meningkatkan penyertaan pelajar

Fokus dan Strategi Memperkasakan SK

Meningkatkan Kualiti Prasarana dan Prestasi SK • Meningkatkan kualiti prasarana SK • Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan • Menambah bilangan sekolah satu sesi sekolah rendah dan menengah

10 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

8.0

MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN 8.1 Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Jurang-jurang tersebut adalah seperti berikut:Jurang antara tahap pencapaian pelajar

Jurang bandar dan luar bandar

Jurang digital

MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN

Jurang antara pelajar normal & berkeperluan khas

Jurang sosioekonomi

11 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

8.2

Fokus dan strategi KPM untuk merapatkan jurang pendidikan adalah seperti berikut:1 Membangunkan infrastruktur dan kemudahan luar bandar • Menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air teutama di sekolahsekolah luar bandar dan pedalaman • Menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM) dengan perluasan pelaksanaan Sekolah Pusat, mewujudkan norma baru untuk guru di SKM & mengkaji pemberian geran perkapita • Merapatkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, makmal komputer, kemudahan perkakasan dan tenaga kerja • Merapatkan jurang digital dengan menyediakan makmal komputer, Pusat Akses, pembestarian sekolah luar bandar, menambah baik TV Pendidikan & merintis penggunaan ‘video teleconferencing’ 2 Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran 2.1 Penguasaan 3M • memperluas Program KIA2M untuk Tahun 1 • Menambah baik Program Pemulihan Khas Tahap 1 • Menggiatkan Program Gerak Gempur • Program khusus Orang Asli dan suku minoriti 2.2 Pengurangan kadar keciciran • Menguatkuasakan pendidikan wajib • Memperluas MPV di SM Harian • Pemuafakatan sekolah, keluarga & komuniti • memperkenalkan pentaksiran dan penilaian yang sesuai

12 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

2.3 Pemantapan program bagi pelajar kurang upaya • Meminda Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua kecacatan • Memantapkan program Pendidikan Khas Inklusif • Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua kecacatan • Menyediakan kaedah penilaian yang diiktiraf • Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas 2.4 Penyediaan pendidikan bagi pelajar mengikut keperluan • Mewujudkan Sekolah Seni • Merintis program khusus bagi pelajar pintar cerdas dan berbakat • Kemudahan pendidikan kepada pelajar yang kini berada di Pusat Pemulihan Komuniti 3 Meningkatkan bilangan guru terlatih & mengikut opsyen di kawasan pedalaman • Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman • Menambah baik insentif kepada guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman • Menyediakan asurans kepada guruguru yang berkhidmat di luar bandar • Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna Pemantapan sistem pengagihan bantuan • Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SSM) • Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD) • Menggalakkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta

4

Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti

13 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

9.0

MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN 9.1 Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada guru sebagai pemudah cara dalam P&P, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian P&P menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. Fokus dan strategi memartabatkan profesion keguruan adalah seperti berikut:1 Menambah baik sistem pemilihan calon guru • memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru • pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum 2 Memantapkan latihan perguruan • menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan • Mereka bentuk dan menggubal kurikulum pendidikan IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru • Meningkatkan pemantapan dan perluasan kursus / latihan • Meluaskan dan meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
14 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

9.2 9.3

9.4

3

Memantapkan kerjaya guru

• Menambah baik penjawatan guru • Menambah perjawatan dan perluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM / JPN / PPD/G

4

Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru

• Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif ( projek membina dan menaik taraf ) • Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk menjaga kepentingan dan kebajikan guru • Mensifarkan GSTT • Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan • Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman • Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi meringankan beban tugas guru dalam kerja-kerja pentadbiran

5

Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia

Penyediaan mekanisme bekalan guru • Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru • Memantapkan mekanisme unjuran guru • Menambah baik sistem maklumat guru • Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman

15 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

10.0

MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN

10.1

Pendidikan berkualiti untuk semua merupakan agenda utama KPM. KPM berhasrat untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan tujuan melahirkan modal insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat mencabar. Dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada. Matlamat KPM adalah untuk membangunkan institusi-institusi model yang dapat dicontohi oleh institusi-institusi di dalam kelompok yang sama. Institusi-institusi ini diharapkan menjadi showcase pada peringkat antarabangsa dan seterusnya membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Institusi-institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenalpasti dan dipilih mengikut elemen utama dan elemen sokongan. Elemen Utama • kurikulum berdasarkan pencapaian purata dalam peperiksaan awam sekurang-kurangnya tiga tahun berturutturut, gred purata sekolah, bilangan pelajar mendapat A serta mempunyai sejarah kecemerlangan dalam mata pelajaran tertentu Pencapaian kokurikulum peringkat daerah, kebangsaan dan luar negara serta anugerah-anugerah khas.

10.2

10.3

10.4



Elemen Sokongan • Pengurusan dan pentadbiran sekolah berdasarkan kecekapan, penambahbaikan berterusan serta mempunyai perancancangan yang komprehensif dan sistematik. Keterampilan pengetua, Guru Besar dan guru-guru. Pengurusan berhemah. kewangan yang berkesan, amanah dan

• •

16 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’



Iklim sekolah berdasarkan suasana sekolah dan P&P yang kondusif, keselamatan dan tahap disiplin yang memuaskan , mempunyai semangat kekitaan dan kaya maklumat. Pengurusan asrama berdasarkan program untuk pelajar dan tahap disiplin pelajar. Prasarana lengkap, berfungsi dan terkini. Penglibatan ibu bapa dan masyarakat setempat. Nilai sejarah, tradisi, keunikan sejarah, penglibatan alumni dan tokoh yang merupakan bekas pelajar dan persepsi masyarakat.

• • • •

10.5

Bagi sekolah-sekolah yang dipilih, fokus akan diberikan kepada perkara-perkara berikut:• Memastikan kepimpinan teguh dan berkesan
Pengenalpastian Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan dibuat lebih awal Pemilihan Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan berdasarkan kualiti profesional dan peribadi KPM berasama-sama Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan akan menentukan KPI yang perlu dicapai



Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi
Pemilihan melalui iklan, permohonan dan temuduga Pengekalan jawatan guru dan jurulatih berdasarkan prestasi



Memberi lebih autonomi kepada sekolah
Pemilihan Pengetua dan pihak pengurusan Pemilihan tenaga pengajar Perlantikan staf sokongan tanpa mengikut norma perjawatan biasa Penawaran kurikulum, kaedah P&P dan tempoh P&P yang bersesuaian dengan pengkhususan

17 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

-

kebebasan memilih bahan pengajaran dan bahan-bahan tambahan yang diperlukan Penjanaan dan pengurusan kewangan untuk peningkatan keupayaan sekolah



Mewujudkan sistem akauntabiliti
Memantapkan penyediaan mekanisme untuk menilai prestasi sekolah secara terus oleh Jemaah Nazir Sekolah, Bahagian Audit Sekolah dan Bahagian Sekolah



Mewujudkan piawaian dan penanda aras yang dijadikan contoh kepada negara membangun dan maju
Meningkatkan kecemerlangan sekolah dan institusi pendidikan melalui pengurusan perubahan Mengenalpasti amalan terbaik seperti melaksanakan standard dan penanda aras baru, menjalankan kajian impak dan mengadakan konvensyen untuk mempromosi kejayaan kepada sekolah-sekolah lain



Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan - Meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang
dalam dan luar negara

-

Mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa secara berkesan untuk menarik minat pelajar dan ekspatriat negara luar Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing dalam bidang pendidikan di rantau Asia Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum kokurikulum pada peringkat antarabangsa Penglibatan yang lebih aktif dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA Mempakej dan memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali sebagai pusat pendidikan guru

-

-

18 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’



Merintis perubahan dan pembaharuan
Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah Mengadakan P&P berasaskan Model Hasil Pembelajaran Mengurangkan tempoh pendidikan menengah Mengkaji kesesuaian sistem persekolahan 12 tahun

11.0

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN

11.1 11.2

Semua pihak sewajarnya menyedari dan menerima hakikat bahawa agenda pendidikan perlu dijayakan bersama. Setiap warga pendidikan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam tentang dasar, matlamat dan sasaran yang ingin dicapai serta strategi dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan. Semangat kerja sepasukan dan rasa sepunya akan membolehkan setiap pihak melihat segala projek yang dilaksanakan sebagai projek kementerian bukan projek individu atau pun sesuatu bahagian. Matlamat yang ingin dicapai oleh KPM melalui dasar ini adalah untuk menjadikan peranan mendidik anak bangsa sebagai tanggungjawab bersama semua pihak. Strategi dan Tumpuan Masa Hadapan :Projek Berimpak Tinggi – Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar Khusus kepada usaha melonjakkan pendidikan luar bandar bagi merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar supaya semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan untuk cemerlang. Projek-projek berimpak tinggi meliputi aspek infrastruktur, peralatan, guru, kurikulum dan program bantuan serta khidmat sokongan.

11.3

11.4

11.5

19 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

PROJEK BERIMPAK TINGGI

• • • • • • • • •

Memperluas program pendidikan prasekolah KPM Memperbaiki penyediaan kemudahan asas (bekalan elektrik 24 jam dan bekalan air bersih) Meningkatkan kemudahan bilik darjah luar bandar (mencukupi dan berkualiti) Menyediakan asrama sekolah baru dan memperbaiki asrama sedia ada Mempertingkatkan kelas pemulihan di luar bandar Memperluas penawaran Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Membestarikan sekolah di luar bandar Tambahan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Menyediakan insentif bagi guru yang berkhidmat di luar bandar

Sistem Penyampaian Pendidikan Strategi pelaksanaan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian pendidikan Fokus
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan pendidikan Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan pendidikan

Strategi Pelaksanaan
• Penstrukturan semula organisasi KPM • Peningkatan infrastruktur dan kemudahan ICT • penyediaan kemudahan pejabat pendidikan yang mencukupi • Pemantapan pembangunan sumber manusia Pemantapan pengurusan kewangan melalui:• pemberian autonomi dan mengurangkan karenah birokrasi • mengkaji norma perjawatan pengurusan kewangan • Penggunaan ICT dalam pengurusan kewangan

20 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

Fokus
Memantapkan sistem pemantauan dan penilaian program pendidikan

Strategi Pelaksanaan
Pemantapan pengurusan pemantauan dan penilaian program pendidikan seperti:• meningkatkan penarafan kendiri sekolah menerusi SKPM • meningkatkan aktiviti penaziran • meningkatkan penilaian program penganugerahan guru dan sekolah cemerlang

Sistem Pemantauan dan Penilaian • • • • • Setiap Ketua Jabatan dan Bahagian di KPM, JPN, PPD/G dan sekolah perlu menyediakan KPI(Key Performance Indicator) masing-masing. Sistem pangkalan data bersepadu akan dibangunkan agar prestasi individu, bahagian dan jabatan dapat dinilai secara telus. Penubuhan Jawatankuasa Khas Pemantauan PIPP yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Penubuhan Jawatankuasa Kerja pada peringkat KPM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM Penubuhan Jawatankuasa Kerja pada peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Pengarah JPN

MELANGKAH KE HADAPAN



Tempoh lima tahun RMK-9 adalah tempoh yang sangat signifikan bagi membangunkan modal insan minda kelas pertama untuk mencapai hasrat Wawasan 2020. PIPP dirangka untuk memenuhi matlamat pendidikan dan negara ke arah melahirkan Bangsa Malaysia yang maju mengikut acuan sendiri. Kejayaan PIPP bergantung kepada kefahaman dan komitmen warga KPM terhadap dasar dan strategi pelaksanaannya.





21 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’



PIPP merupakan panduan kepada seluruh warga KPM agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masingcmasing secara lebih terancang, terarah dan berfokus. PIPP penting kerana ia akan menyediakan asas yang kukuh untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi dan menjadikannya bertaraf dunia.



Sekian

persada dunia” (YAB Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia)

“Semoga akan terbina tamadun agung yang dihormati di

22 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

SUMBER:
http://www.scribd.com/doc/8683060/Ringkasan-Pelan-Induk-Pembangunan-Pendidikan
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url