Pelan Xpax Celcom terbaru


Celcom (M) Bhd. (Celcom) dijangka mampu mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) nya pada tahun ini ekoran pertumbuhan positif yang dicatatkan bagi 12 suku kewangan berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, berikutan itu, Celcom yakin dapat menjadi peneraju bagi perkhidmatan telekomunikasi di negara ini menjelang tahun 2012.

''Berdasarkan keadaan semasa, Celcom yakin dapat mengekalkan momentum pertumbuhan itu melalui pelancaran produk baru pada tahun ini seperti pelan prabayar XPAX yang baru.

''Selain itu, setakat ini, asas pelanggan kami bagi segmen prabayar XPAX adalah tujuh juta sehingga pada Disember tahun lalu dengan sejumlah 3.5 juta adalah pengguna berusia di bawah 25 tahun,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk terbaru Celcom pada tahun ini pelan prabayar XPAX baru, di sini hari ini.

Hadir sama di majlis itu Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Chee Pok Jin dan Naib Presiden Kanan Pemasaran, Zalman Aefendy.

Tambah Shazalli, pelan terbaru XPAX ini ditawarkan berdasarkan penyelidikan menyeluruh terhadap kehendak pelanggan terutama bagi segmen pelanggan remaja.

''XPAX yang baru ini direka khas bagi remaja berusia di bawah 25 tahun mengikut kehendak dan keperluan mereka untuk menjadikan kami sebagai pesaing dalam industri telekomunikasi ini,'' jelasnya.

Pelan prabayar XPAX terbaru yang pertama seumpamanya membolehkan pelanggan mendaftar nombor dari semua rangkaian sebagai 15 nombor pilihan atau yang dikenali sebagai 15pax.

15pax menawarkan kadar sama rata bagi panggilan serendah RM0.12 seminit dan pesanan ringkas (SMS) setengah sen untuk satu SMS serta enam sen untuk satu SMS dari rangkaian lain.

Manakala panggilan video hanya pada kadar RM0.30 seminit dan khidmat pesanan multimedia (MMS) pada kadar RM0.35 untuk satu MMS.

Selain itu, pelan terbaru ini juga menawarkan perkhidmatan jalur lebar bergerak (mobile broadband) pada harga RM6.00 untuk harian dan RM20.00 mingguan.

XPAX terbaru ini juga menawarkan tempoh tamat sehingga dua tahun serta memberikan pelbagai manfaat lain seperti bonus setiap bulan, hari jadi dan sebagainya.

Pelan prabayar XPAX terbaru boleh didapati pada harga RM8.50 dan akan mula dipasarkan pada 19 Mei ini.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url