UniKL kekal universiti swasta
Bagaimanapun, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UniKL akan tetap memperolehi bantuan serta kemudahan seperti yang dinikmati institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
“Buat masa ini kerajaan kekal dengan keputusan UniKL sebagai sebuah IPTS.
“Tetapi segala pemantauan akan dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi membolehkan universiti ini menikmati kemudahan seperti bantuan kewangan dan dana penyelidikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa Teknologi Sains Membran di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status UniKL selepas universiti itu yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) diambil alih oleh kementeriannya.
- UTUSAN