Joli duit PTPTN beli motosikal, IPhone
Peralatan itu bukan sekadar contoh kerana ia adalah hasil maklumat yang diperoleh sendiri oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman.
“Bukan tak boleh berbelanja tetapi utamakan keperluan penting pengajian dan asingkan sedikit bagi waktu kecemasan,’’ katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) berjumlah RM132,000 kepada 88 siswazah bagi kawasan Parlimen Lipis semalam.
Beliau memberitahu, selain sara hidup, bantuan PTPTN itu perlu digunakan untuk membayar yuran dan membeli buku bagi pengajian masing-masing.
- KOSMO!