Koleksi amanat enam Presiden Umno 1946 hingga 2009
Buku ini diharap dapat membangkitkan kesedaran di kalangan ahli dan penyokong Umno serta rakyat Malaysia terutama golongan muda terhadap penubuhan Umno dan perjuangan pemimpin terdahulu menegakkan kepentingan Melayu, memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara.
Seterusnya menerusi siri buku ini juga diharap dapat mengukuhkan perpaduan dan meningkatkan iltizam ahli parti dengan membaca serta menghayati semula amanat Presiden terdahulu, di samping membantu memulihkan imej parti apabila kita memahami kemelut dan ranjau diharungi oleh ahli terdahulu. Ini dapat kita ketahui apabila membaca ucapan amanat Presiden.
Penerbitan buku ini bukan sekadar makluman dan pengetahuan ahli serta pemimpin Umno dan orang Melayu, malah diharap dapat memberi kefahaman kepada semua kaum mengenai landasan perjuangan Umno menerus intipati ucapan Presiden Umno agar mereka lebih menghormati orang Melayu dan agama Islam, seterusnya menghargai jasa bekas Presiden yang juga Perdana Menteri Malaysia.
Siri buku ini menghimpunkan ucapan semua enam Presiden Umno dalam persidangan parti, bermula dengan Datuk Onn Jaafar diikuti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ucapan setiap Presiden dimuatkan dalam jilid tersendiri dan semua enam jilid dikumpulkan menjadi satu set yang dibungkus di dalam kotak khas.
Penerbitan buku amanat semua Presiden Umno yang dimuatkan dalam kotak khas adalah yang pertama seumpamanya di negara ini.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam kata alu-aluannya pada buku Amanat Presiden Umno 1946-2009 itu antara lain berkata:
"Buku ini diharap dapat menjadi sumber rujukan kepada ahli Umno, khasnya dan rakyat Malaysia, amnya dalam memahami proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Tidak ada pihak yang mampu menafikan peranan Umno dalam proses perkembangan demokrasi dan pembangunan di Malaysia.
"Oleh itu, diharapkan dengan menyusuri sejarah perjuangan parti melalui amanat Presiden-Presiden Umno ini, ahli parti khasnya dan rakyat Malaysia amnya, mampu memahami susur galur dan dinamik gerakan mencapai kemerdekaan, penubuhan Malaysia, tragedi 13 Mei dan penggubalan Dasar Ekonomi Baru serta bagaimana berlakunya perubahan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada sebuah negara industri.
"Sesungguhnya generasi ahli parti terhutang budi kepada Allahyarham Datuk Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah".
Himpunan buku Amanat Presiden Umno 1946-2009 ini dihasilkan dengan kerjasama Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia dan Yayasan Kepimpinan Perdana.
Satu majlis pelancaran sedang diatur dan dijadualkan pada Julai ini. Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno, sudah bersetuju untuk melancarkannya.
Majlis itu juga bakal dihadiri bekas Presiden serta ahli keluarga bagi mewakili bekas Presiden dan veteran Umno.
BPSB mengambil inisiatif menjual meja untuk majlis berkenaan pada harga RM5,000 sebuah, manakala buku Amanat Presiden Umno 1946-2009 boleh dibeli pada harga RM200 satu set.
Syarikat korporat, organisasi terulung dan orang perseorangan diharap memberi sokongan terhadap usaha membangkitkan kesedaran ke arah membentuk sebuah negara yang aman, maju dan makmur dalam satu kehidupan berpaksikan 1Malaysia, dengan membeli meja dan buku Amanat Presiden Umno 1046-2009..
Sebahagian kutipan jualan buku akan disumbangkan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana. Sebarang pertanyaan untuk pembelian meja dan buku boleh hubungi talian 03-76208111 sambungan 115/016-6292549 (Zuraini Kamaruzaman) sambungan 348 (Abdull Razak Chik)/samb.132/012-4007622 (Sharkawi Salehuddin).