Larangan penggunaan senjata
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mengacukan kepada saudara Islamnya dengan sebarang senjata yang membahayakan maka sesungguhnya Malaikat akan melaknatnya, sekalipun yang diacukan kepadanya itu saudaranya yang seibu sebapa."(Abu Hurairah r.a) Pengajaran hadith:
Orang yang menyalahgunakan senjata sama ada tujuannya hanya olok-olok (bergurau) kepada orang yang bukan musuhnya hukumnya bukan sahaja dilarang keras oleh Islam (haram) tetapi dilaknat oleh para malaikat kerana ia amat bertentangan dengan tujuan penggunaan senjata.
- JAKIM