Maya selamat diijab kabul


Penyanyi dan pelakon, Maya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, 33, selamat melangsungkan pernikahan dengan kerabat Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, 38, di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (TAR), di sini, semalam.

Maya mula mengenali suaminya yang juga ahli perniagaan sejak empat tahun lalu.

Tepat jam 5.40 petang, Tengku Shahreza hanya dengan sekali lafaz, pasangan itu sah bergelar suami isteri selepas dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Darul Ehsan, Mohamad Khairi Hussein.

Pernikahan pasangan itu berwalikan abang sulung Maya, Harris Faizal Ruslee dan disaksikan 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan saudara mara terdekat.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 berserta tujuh dulang hantaran antaranya senaskhah al-Quran, sepasang kasut, kelengkapan peribadi dan manisan, manakala pengantin perempuan membalasnya dengan sembilan dulang.

Ketika ditemui, Maya menjelaskan, atas permintaan suaminya, jumlah wang hantaran dirahsiakan. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Matahari dan terbaru menerusi drama Datin Wan Abe di TV3 itu turut menarik nafas lega kerana akhirnya bergelar isteri.

“Kawan rapat saya semua sudah berkahwin dan mempunyai anak. Malah ada di antara mereka seperti Nadia Mustafar dan Ieda Moin sering bertanya bila pula saya bakal mengikuti jejak mereka,” katanya yang mengimpikan sepasang anak.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
1 Comments
  • HeLL69
    HeLL69 Sabtu, 27 Jun 2009 pada 10:49:00 PTG SGT

    tahniah maya... kawin jelah nanti tak kawin liat pulak...

Add Comment
comment url