E-mel spam guna nama Michael Jackson
Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan Syamantec Corporation, semalam, e-mel spam itu dihantar ke seluruh dunia menggunakan tajuk `Remembering Michael Jackson’ dan disertakan fail lampiran `Michael song and picture.zip’ boleh menjejaskan sistem komputer individu dan syarikat.
“Symantec mengesan virus ini sebagai W32.Ackantta.F@mm. Perlu diingatkan bahawa virus ini bukan saja merebak melalui emel, malah melalui peranti pemboleh ubah lain seperti cakera pemacu.
“Individu atau syarikat dinasihatkan melindungi komputer peribadi mereka dengan memuat turun perisian antivirus atau mengemaskini setiap masa selain menggunakan antivirus seperti Norton Internet Security dan Norton 360 sebagai langkah kawalan,” katanya.
- REUTERS