Kembar Siam dua kepala


Kehadiran kembar Siam di Hospital Puri Husada di sini menimbulkan minat ramai pihak berikutan bayi berkenaan dilahirkan dengan dua kepala dan satu badan.

Agensi berita Indonesia, Antara semalam melaporkan, bayi lelaki itu berkongsi semua organ penting tetapi mempunyai dua jantung berbeza saiz.

Bayi yang belum diberi nama itu lahir Khamis lalu dengan berat 3.2 kilogram dan kesihatannya baik.

Pengarah hospital, Dr. Rasul Alim berkata, memisahkan bayi berkenaan secara perubatan adalah mustahil.

"Ini adalah kelahiran bayi kembar Siam pertama di daerah Indragiri Hilir, wilayah Riau," kata Rasul.

Kelmarin, Hospital Puri Husada sesak dengan pelawat yang mahu melihat secara dekat bayi istimewa berkenaan.

- Agensi
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url