Top Ad 728x90

Pesta Mak Nyah malukan penduduk Teluk Intan

Orang ramai khususnya penduduk beragama Islam di sekitar Teluk Intan di sini, kecewa dan kesal dengan Pesta Mak Nyah yang diadakan di kawasan mereka sehingga memberi kesan buruk kepada penduduk setempat.

Kegiatan Mak Nyah atau pondan itu dikesan diadakan pada malam Sabtu lalu di Dewan Rumah Rehat di sini, dan antara aktiviti diadakan ialah pertandingan karaoke, ratu cantik, sketsa dan pertandingan pakaian tercantik.

Aktiviti itu dianjurkan oleh satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang majoritinya disertai golongan Mak Nyah yang kebanyakan beragama Islam dipercayai dari seluruh negara.

Difahamkan lebih 250 Mak Nyah mengambil bahagian dalam aktiviti itu yang pertama kali diadakan di sini.

Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu menimbulkan banyak persoalan bagaimana aktiviti sebegini boleh diadakan di sini, yang kebiasaannya hanya dapat dilihat di kebanyakan bandar besar.

Beberapa individu yang ditemui Berita Harian melahirkan rasa kesal dan meminta Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menyiasat perkara itu dan memberi penjelasan bagaimana permohonan dewan diluluskan bagi kegiatan seumpamanya.

Ahli Jawatankuasa Surau Taman Desa Bakti, Jamalul Shafee Alwi, berkata tindakan meluluskan permohonan dewan untuk satu aktiviti yang jelas bertentangan dengan tuntutan Islam amat dikesali.

"Aktiviti yang diadakan pada malam itu sudah nyata satu kegiatan tidak bermoral dan boleh mengundang pelbagai persepsi yang akan menjatuhkan moral agama Islam di kaca mata awam,” katanya di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk yang enggan nama disiarkan berkata, pihak yang berkenaan perlu lebih peka dan bertanggungjawab ketika meluluskan sebarang permohonan supaya ia tidak menimbulkan sebarang keadaan yang boleh menyebabkan keruntuhan akhlak.

“Dalam perkara ini, pihak berkenaan harus memberi penjelasan kepada umum kenapa aktiviti seumpamanya boleh diadakan di dalam dewan berkenaan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha MPTI, Ahmad Zainuddin Md Saidi ketika di hubungi melahirkan perasan terkejut dengan apa yang berlaku.

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak yang memohon untuk mengadakan pertunjukan atau apa saja kegiatan perlu mendapatkan kelulusan Pejabat Daerah dan juga polis sebelum mengemukakan permohonan kepada MPTI.

“Saya amat terkejut perkara itu boleh berlaku dan saya sendiri akan menyiasat puncanya," katanya.

Beliau berkata, MPTI tidak akan merestui sebarang aktiviti yang akan menimbulkan persepsi negatif.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90