Syiling cacat dijual RM41,535 sekeping


Hampir 200,000 keping duit syiling bernilai muka 20 pence (RM1.17) yang tidak mempunyai tarikh memasuki pasaran Britain secara tidak sengaja baru-baru ini.

Duit syiling 'cacat' yang ditempa oleh kilang Royal Mint itu tidak dicetak angka '2009' seperti duit syiling biasa.

Kali pertama duit syiling tidak bertarikh memasuki pasaran Britain adalah pada 1672 apabila kesalahan sama dilakukan pada era pemerintahan Charles II.

Royal Mint yang bertanggungjawab mengeluarkan wang kertas dan duit syiling di Britian menyatakan kesalahan itu berlaku tahun lalu ketika rekaan semula semua duit syiling di negara itu dilakukan.

Syiling 20 pence lama mempunyai tarikh pada permukaan depan tetapi versi baru sepatutnya dicetak tarikh pada permukaan belakang.

Syarikat London Mint Office yang menjalankan bisnes mengumpul duit syiling kini sanggup menawarkan £50 bagi (RM292) setiap keping syiling 20 pence yang tidak bertarikh itu.

"Kesalahan seperti ini bukan sahaja menarik minat ramai pihak tetapi ia mempunyai nilai tinggi," kata jurucakap London Mint Office, Nick Hart.

Dalam perkembangan sama di laman web eBay, sekeping duit syiling tersebut dilelong dengan harga £7,100 (RM41,535) sekeping tetapi beberapa penjual menetapkan harga £6,200 (RM36,270) sekeping.

- AGENSI
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url