Kad SIM global pertama


Jika anda sering ke luar negara dan bimbang kos membuat panggilan telefon terlalu tinggi, kini ada alternatif jika menggunakan perkhidmatan Global Starter Pack (GSP).

GSP merupakan kad SIM telefon bimbit pertama di dunia yang memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada pengguna untuk berhubung dengan sesiapa saja dengan kadar panggilan tempatan di luar negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sedania Travelneeds2u Sdn. Bhd. (Travelneeds2u), Radzib Ariff, pengguna tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkan kad SIM daripada negara yang dikunjungi sebaliknya boleh membelinya di negara ini menerusi 55 agensi pelancongan.

"Ketika ini perkhidmatan GSP boleh didapati di Kemboja, Indonesia dan Singapura tetapi menjelang hujung tahun ini beberapa negara lagi bakal menyusul iaitu Bangladesh, Vietnam, Filipina, Sri Langka dan Thailand," katanya selepas melancarkan produk berkenaan di sini semalam.

Radzib menyasarkan pihaknya dapat menjual sebanyak 100,000 kad SIM menjelang hujung tahun ini terutama kepada pelanggan-pelanggan yang melancong di sekitar Asia Tenggara.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url