Microsoft lancar telefon berasaskan Windows


Microsoft Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan rangkaian telefon baharu berasaskan sistem operasi Windows.

Telefon berorientasikan Internet itu dengan pengemudi sentuhan jari menyediakan maklumat digital, komunikasi, aplikasi dan hiburan kepada pengguna, kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia, Yasir Yousuff.

Yasir berkata Microsoft menjangka rakan kongsinya menyediakan lebih 30 telefon baharu di lebih 20 negara dengan sistem Windows pada akhir tahun ini.

"Rakan kongsi kami seperti Asus, Celcom, HTC dan Samsung berusaha keras untuk meneruskan pengeluaran ketika kami mengekalkan pertumbuhan kami dalam pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran telefon berasaskan Windows itu di pusat membeli belah Sunway Pyramid di sini pada 9 Oktober 2009 - BERNAMA
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url