Putera William tidur di tepi jalan


LONDON - Sebatang lorong di tengah London yang sejuk tidak sepadan dengan keadaan di dalam sebuah istana.

Namun, pewaris kedua takhta Britain, Putera William memilih untuk tidur di sebatang lorong dengan tujuan untuk mengetengahkan penderitaan remaja yang tidak mempunyai rumah.

Beliau menghabiskan masa dekat Jambatan Blackfriars pada minggu lalu bersama dengan Ketua Eksekutif Centrepoint, Seyi Obakin.

Putera William merupakan penaung Centrepoint iaitu sebuah pertubuhan kebajikan untuk golongan yang tidak berumah.

"Kemiskinan, masalah mental, alkohol, dadah dan keluarga menyebabkan orang ramai merempat dan tiada berumah.

"Saya berharap dengan meningkatkan pengetahuan saya terhadap isu ini, saya boleh membantu untuk menolong orang yang paling terdedah di jalan-jalan," kata William semalam.

Putera itu terdedah dengan penderitaan kehidupan di jalan-jalan di London apabila ibunya, Puteri Diana membawanya melawat ke sebuah pusat perlindungan pada 1996.

Semasa itu, beliau berumur 13 tahun dan melawat rumah perlindungan tersebut bersama adiknya, Putera Harry.

Ibunya, mendiang Puteri Diana dikenali kerana melakukan banyak kerja amal.

Menurut laman web kebajikan Centrepoint, Obakin menyatkan idea William tidur di jalanan timbul pada Mac lalu.

"Beliau berazaman dan itulah sifatnya, untuk megetahui dengan mendalam masalah golongan tidak berumah yang mungkin dihadapi oleh remaja," kata Obakin.

"Bagi saya, ia merupakan pengalaman yang menakutkan. Di luar keselesaaan di atas katil saya.

"Di sana (jalanan), suhu sejuk melampau pada waktu malam dengan -4 darjah Celsius. Namun ia, sama buat William. Beliau bertekad untuk melakukannya," jelas Obakin.

Menurutnya, mereka menemui sebuah tempat di belakang tong sampah untuk berehat sepanjang malam.

"Namun, ia tidak mempunyai perlindungan daripada suhu sejuk atau lantai konkrit atau ketakutan atau didekati oleh pengedar dadah atau pengendali pelacur atau mereka yang memberikan 'tendangan' terhadap golongan tidak berumah," jelasnya.

Wiiliam kini sedang menjalani latihan untuk menjadi juruterbang Tentera Udara Diraja Britain.

- AP
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 12 Februari 2010 pada 2:12:00 PTG SGT

    saya amat berminat tentang cerita putera william. diharap saudara dapat beri info terbaru mengenai beliau.. thanks ya..

Add Comment
comment url