Ramalan gempa dan tsunami sekuat 8.6 skala Richter ancam Pantai Barat Semenanjung

Satu gempa bumi sekuat 8.6 pada skala Richter diramal berlaku di bawah Pulau Siberut, Sumatera Barat dengan mencetuskan gelombang tsunami yang boleh menyamai tragedi di Aceh yang mengorbankan hampir 230,000 nyawa pada 2004.

Berdasarkan ramalan pakar-pakar geologi, gempa itu boleh berlaku pada bila-bila masa mulai sekarang hinggalah untuk tempoh dua dekad akan datang.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rosaidi Che Abas berkata, gempa sekuat itu boleh menyebabkan tsunami yang mengancam kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama Melaka dan Johor.

Jika gempa berlaku di Pulau Siberut dan mencetuskan tsunami, rakyat Malaysia di kawasan pantai barat Semenanjung hanya ada masa tidak sampai empat jam untuk menyelamatkan diri.

- KOSMO!

Next Post Previous Post
2 Comments
  • Aisyah Rahim
    Aisyah Rahim Jumaat, 25 Disember 2009 pada 12:25:00 PG SGT

    nauzubilla...takutnya....

  • bc-omu
    bc-omu Jumaat, 25 Disember 2009 pada 7:07:00 PG SGT

    cukup di tahun 2004 aj deh, jangan sampaiterulang lg....

Add Comment
comment url