Blog Aduka Taruna hina Raja Melayu: Laporan polis dibuat


JOHOR BAHRU 24 Jan.2010 - Pemuda UMNO Johor hari ini membuat laporan polis terhadap seorang penulis blog yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina institusi raja-raja Melayu.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan kira-kira pukul 6.30 petang ini.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Fadhil Maskon menyifatkan tindakan penulis blog, dikenali sebagai Aduka Taruna itu sebagai biadab kerana tidak menghiraukan sensitiviti rakyat Johor yang masih bersedih dengan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Beliau berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan penulis blog itu dan berharap pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera mengambil tindakan tegas ke atas individu terbabit.

"Rakyat Johor masih lagi dalam keadaan berdukacita dan perasaan itu bertambah apabila seorang penulis blog yang sanggup mengeluarkan kenyataan liar mengenai kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.

"Kemajuan teknologi hari ini dan kebebasan bersuara tidak sepatutnya disalah guna sehingga membolehkan kita menggugat keharmonian negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu, lebih 500 ahli Pemuda UMNO Johor dan Gerakan Belia 4B Johor berhimpun di luar Istana Besar di sini bagi membantah kenyataan penulis terbabit di dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.

Selepas menerima banyak komen pengunjung blog yang mengkritik tulisan itu, penulis terbabit memohon maaf namun tetap mempertahankan ideologinya.

Utusan Malaysia yang cuba melayari blog itu mendapati tulisan tersebut telah ditarik balik.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
4 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 25 Januari 2010 pada 10:16:00 PG SGT

    Memang cari pnyakit..

    Instusi beraja perlu di hormati bg melindungi hak org2 melayu

  • fq
    fq Isnin, 25 Januari 2010 pada 12:16:00 PTG SGT

    baru puas hati bl da tngk dy dalam penjara...
    terlalu berani suara pendapat, sekrng berani pula terima akibat...
    insaf la weh!

  • HOT ZOOM
    HOT ZOOM Isnin, 25 Januari 2010 pada 2:10:00 PTG SGT

    Kepada rakan2 bloggers sekalian…dalam kebebasan menulis blog kita masih terikat dengan peraturan.Jangan mengikut hati nanti mati..jangan ikut rasa binasa.
    Berblogging secara adil telus berhemat dan tepat tanpa menyakitkan hati org lain

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Isnin, 25 Januari 2010 pada 2:44:00 PTG SGT

    setuju dengan Pak Teh (Hot Zoom)
    walaupun saya ada menyimpan screenshoot artikel "kontroversi" yang ditulis oleh Aduka Teruna
    saya tak menyiarkan di blog ini sebab ia menyalahi etika
    berblog mesti ada etika & kita mesti patuh kepada etika itu (walaupun takde siapa yang lihat)

Add Comment
comment url