China sedia laman web cari jodoh


BEIJING - Pemerintah China mewujudkan sebuah laman web bagi membantu ribuan kakitangan awam yang sibuk bekerja untuk mencari jodoh.

Dengan tema warna merah jambu, laman www.ywqq.gov.cn itu diwujudkan sejak 2005 lalu mampu menarik lebih 5,000 kakitangan yang bujang dan tiada masa untuk mencari kekasih.

Dalam laman itu, ia memaparkan seorang lelaki dan wanita muda yang berdiri pada satu sudut kayu.

Laman web itu memberi jaminan semua maklumat telah disahkan oleh kesatuan sekerja di tempat mereka bekerja.

Ia menyatakan setiap ahli perlu berdaftar dengan pihak Kementerian Keselamatan Awam China bagi memastikan ketepatan maklumat diri.

Laman itu dikenali sebagai Kesatuan Pemerintah Pusat Magpie Bridge.

Bayaran langgan itu ialah 100 yuan (RM50) setahun.

Laman web itu mendapat nama daripada burung murai yang merapatkan hubungan sepasang kekasih iaitu Niu Lang dan Zhi Nu.

Terdapat mesej di laman itu yang mendakwa ia merupakan platform yang boleh dipercayai bagi kakitangan pemerintah untuk mencari kekasih.

"Anggota-anggota (di dalam laman itu) mempunyai kaliber yang tinggi, berpendidikan tinggi dan pekerjaan yang stabil," kata laman berkenaan.

China sebelum ini mempunyai banyak laman mencari jodoh yang mengandungi maklumat palsu.

- Reuters
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url