Top Ad 728x90

,

KPLI Tidak Akan Dimansuhkan

Masalah jumlah graduan lepasan pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melebihi penawaran tidak akan menyebabkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dimansuhkan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, pengambilan KPLI tetap akan dijalankan pada bulan Jun ini.

"Program ni (KPLI) memang akan diteruskan kerana memang kami memerlukan guru sekolah," katanya selepas melawat projek asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Baru yang terbengkalai hari ini.

Katanya, pengambilan bagi KPLI mungkin akan ditambah pada tahun hadapan namun ini akan bergantung pada faktor tertentu.

- BERNAMA

1 Comment:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90