Top Ad 728x90

,

Wang ihsan Kelantan RM20j

KOTA BHARU 27 Jan.2010 - Rakyat Kelantan bakal menerima wang ihsan kira-kira RM20 juta selewat-lewatnya pada Mac ini hasil daripada perbincangan antara Kerajaan Pusat dengan syarikat petroleum negara, Petronas.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed (gambar) berkata, ia merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil gas yang dikeluarkan di Medan Bumi Selatan, Blok PM 301 berdekatan perairan Kelantan sejak Mei 2008.

Beliau berkata, wang tersebut akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebelum diagihkan selepas jawatankuasa wang ihsan bermesyuarat dan menentukan jenis projek yang akan dilaksanakan.

"Ingin saya jelaskan bahawa jumlah tersebut melibatkan pengeluaran gas di Blok PM 301 sahaja manakala bagi Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia Thailand (MTJDA) yang diusahakan sejak tahun 1979, Kelantan tidak berhak berdasarkan undang-undang laut di bawah konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Hasil yang diperoleh dan dikongsi bersama hanyalah sebanyak RM800 juta dan ini perlu dijelaskan hasilnya tidak boleh diberikan kepada Kelantan kerana ia merupakan kawasan pertindihan tuntutan dua negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Wang Ihsan yang bertajuk Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat di sini, malam tadi.

Forum yang turut disertai Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu dihadiri kira-kira 5,000 orang yang datang dari seluruh negeri ini.

Mustapha yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, memandangkan jumlah wang ihsan yang tidak begitu besar, pihaknya merancang untuk menjalankan beberapa projek sahaja.

"Saya berpendapat duit ini hanya untuk satu dua projek sahaja kerana ia tidak begitu besar, antara projek yang mungkin kita laksanakan ialah untuk pendidikan atau membantu orang- orang susah.

"Disebabkan itu kita menjemput wakil dari kerajaan negeri untuk duduk bersama tetapi mereka menolak, bagaimanapun ia tidak memberi sebarang kesan dan ia akan diteruskan juga," katanya.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90