Top Ad 728x90

,

PERINGATAN UNTUK PEMOHON KPLI AMBILAN JUN 2010

21 FEBRUARI 2010 (AHAD) adalah hari terakhir untuk anda memohon dan meminda (kemaskini) maklumat permohonan KPLI anda. Jadi, jika ada di antara rakan-rakan anda yang masih belum membuat permohonan, masih sempat untuk membuat permohonan di http://www.moe.gov.my . Boleh dapatkan no. PIN di mesin ATM BSN atau kaunter BSN di seluruh negara.

Pada 9 MAC 2010 (SELASA), anda boleh membuat semakan permohonan dan semakan tempat menduduki ujian MTEST (Malaysian Teacher Selection Test). Anda diminta mencetak slip ujian MTEST dan membawa bersama kad pengenalan di tempat ujian yang dinyatakan. Ujian MTEST akan diadakan serentak di seluruh Malaysia pada 13 MAC 2010 (SABTU). Sila ambil perhatian pada tarikh tersebut. Tiada makluman melalui surat. Semua proses KPLI akan dibuat secara online.

Sebagai persediaan anda untuk menduduki Ujian MTEST, anda boleh mendapatkan buku-buku dan set soalan Ujian MTEST yang ada dijual di kedai-kedai buku (lihat di bahagian Pendidikan / Perguruan). Anda juga boleh mendapatkan Pakej eKPLI - Rahsia Lulus Cemerlang KPLI yang disediakan oleh Cikgu Wan Faizol. Adalah lebih baik jika anda memiliki kedua-duanya, buku set soalan MTEST di kedai dan juga pakej eKPLI sebagai langkah pertama anda ke bidang perguruan.

Maklumat lanjut, anda boleh lihat di: http://www.kpli.co.cc atau http://sites.google.com/site/panduankpli

Maklumat dan berita terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SELAMAT BERJAYA!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90