Top Ad 728x90

,

ASM agih 6.30 sen seunit


KUALA LUMPUR 22 Mac 2010 - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.30 sen seunit untuk Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.

Pada tahun lalu, pelabur ASM menerima pulangan sebanyak 6.25 sen seunit

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM654.06 juta iaitu peningkatan sebanyak 60.5 peratus berbanding RM407.58 juta yang dibayar tahun lalu.

Katanya, persekitaran pelaburan dan pasaran saham adalah lebih menyakinkan berikutan pemulihan ekonomi dan pasaran saham global.

''Faktor-faktor ini digabung dengan pelaksanaan berkesan pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion dan polisi kewangan yang bersesuai telah membantu Malaysia mencatatkan pertumbuhan tahunan positif dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.50 peratus pada suku keempat 2009.

''Setakat 19 Mac 2010, sebanyak 11.2 bilion unit ASM telah dilanggan, peningkatan sebanyak 55.3 peratus berbanding 7.21 bilion unit yang dicatatkan pada 31 Mac 2009,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengumumkan agihan pendapatan ASM di sini hari ini.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

ASM adalah dana ekuiti pendapatan berharga tetap yang bermatlamat memberi peluang kepada pemegang unit membuat pelaburan jangka panjang untuk menjana pelaburan kompetitif.

Tambah Ahmad Sarji, dana ASM juga telah menarik 149,000 pemegang unit baru menjadikan jumlah pemegang unit terkini berjumlah 552,000.

''Sebanyak RM259.69 juta atau 32.4 peratus pula disumbangkan oleh pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat, manakala RM111.31 juta atau 13.9 peratus diperoleh daripada pelaburan instrumen jangka pendek.

''Pengiraan pengagihan pendapatan ASM ini akan dibuat berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan dana itu,'' jelasnya.

Pengagihan pendapatan ASM itu akan dilaksanakan menerusi pelaburan semula yang dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April 2010.

Bagi tujuan pengiraan pendapatan ini, semua urus niaga bagi ASM di pejabat dan ejen-ejen ASNB akan ditangguhkan mulai 24 Mac 2010 sehingga 31 Mac 2010.

Para pemegang unit boleh mengemas kini buku masing-masing mulai 1 April 2010 apabila urusniaga di buka seperti biasa.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90