Top Ad 728x90

Minggu Saham Amanah 2010 - PNB terajui industri unit amanah

Permodalan Nasional Bhd (PNB) kekal peneraju industri unit amanah di negara ini dengan menguasai kira-kira 57 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai aset bersih industri yang dianggarkan kini bernilai lebih RM200 bilion.

Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata penggemblengan modal berterusan daripada pelabur serta penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) sejak 10 tahun lalu telah memperkukuhkan jenama PNB dalam industri.

Beliau berkata, dana unit amanah diuruskan PNB setakat Mac lalu meningkat hampir 26 peratus kepada 110.04 bilion unit, berbanding 87.36 bilion unit pada suku pertama tahun lalu. Katanya, jumlah pemegang akaun pula meningkat 8.4 peratus kepada 10.08 juta daripada 9.3 juta pada Mac tahun lalu.

“Daripada jumlah ini, pemegang akaun Bumiputera berjumlah 8.87 juta, sementara bukan Bumiputera berjumlah 1.21 juta, mewakili lebih 12 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran MSAM 2010 di Kuching, Sarawak, semalam.

Program yang masuk tahun ke-11 itu dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

MSAM 2010 yang berlangsung sehingga 26 April ini di Padang Letak Kereta, Wisma Bapa Malaysia itu disertai 50 peserta pameran yang terdiri daripada syarikat pelaburan PNB, badan kawal selia dan agensi kerajaan.
Ahmad Sarji berkata, pada Februari 2010, jumlah dana pemegang unit dan dana PNB telah mencecah RM150.78 bilion, dan ia adalah kira-kira 15 peratus daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia.

Sehingga Mac 2010 pula, 11.07 bilion unit amanah telah dilanggan 956,423 rakyat di Sarawak.

Katanya, perangkaan itu adalah kira-kira 10 peratus daripada jumlah nasional dan adalah ketiga tertinggi selepas Kuala Lumpur dan Sarawak.

Tahun lalu, kata Ahmad Sarji PNB mengekalkan rekod pembayaran pengagihan pendapatan pada kadar yang baik dan kompetitif iaitu antara lima sen sehingga 7.3 sen seunit.

“Ini membabitkan pembayaran agihan pendapatan dan bonus sebanyak RM6.749 bilion berbanding RM5.955 bilion pada tahun 2008.

“Ini juga adalah peningkatan sebanyak 12 peratus. Dalam tempoh 1981 hingga 2009, PNB telah mengagihkan pendapatan dan bonus berjumlah RM73.125 bilion,” katanya.

Sementara itu itu, katanya, PNB telah berjaya mengukuhkan jenamanya di Malaysia menerusi penganjuran MSAM setiap tahun yang dibuat di lokasi berlainan bagi meningkatkan capaian dan aktiviti pelaburannya di kalangan rakyat.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90