Top Ad 728x90

Ramai tak pakai tali keledar belakang

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menyasarkan penggunaan tali pinggang keledar belakang kereta mencapai sehingga 50 peratus sebelum akhir tahun ini melalui pelbagai kempen kesedaran yang dijalankan pihaknya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Suret Singh, berkata statistik terbaru yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) mendapati penggunaan tali pinggang keledar belakang kurang daripada 20 peratus berbanding 48 peratus pada awal kempen ini dilancarkan.

Bagaimanapun, katanya, melalui kajian yang sama penggunaan tali pinggang keledar bahagian depan kenderaan mencatatkan hampir 90 peratus penggunaan. “JKJR agak terkejut dengan hasil kajian terbaru yang dilakukan itu kerana pada awalnya, sambutan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang memberangsangkan. Antara faktor yang dikenal pasti punca utama kemerosotan itu adalah kesedaran pengguna yang kurang serta sikap ambil mudah terhadap kepentingan penggunaan tali pinggang keledar belakang.

“Sasaran kita untuk membudayakan nilai murni pemakaian tali keledar bukan saja kerana takutkan polis dan saman, tetapi sebagai satu tabiat kepada semua pengguna jalan raya.

“JKJR yakin, menerusi kempen yang dilakukan secara berterusan di seluruh negara, penggunaan tali pinggang keledar belakang itu akan mencapai 50 peratus sehingga akhir tahun ini, " katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Ops Bersepadu dan pelekat kereta ‘Buckle-Up’ yang baru di Plaza Tol Sungai Besi, di sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya, kempen yang akan dijalankan itu diharap dapat mengubah mentaliti masyarakat supaya mementingkan aspek keselamatan.
Dalam perkembangan lain, Suret berkata, sehingga kini 188,702 kereta Perodua dipasang dengan tali pinggang keledar belakang manakala 218,685 buah lagi bakal berbuat demikian.

Katanya, kereta Proton pula, jumlah yang dipasang adalah 43,274 dan yang belum dipasang ialah 182,656 buah.

Beliau turut mengingatkan supaya mereka yang belum memasang tali pinggang keledar belakang berbuat demikian sebelum Jun 2011.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90