Top Ad 728x90

, ,

Usia mohon lesen kekal 16

Kerajaan semalam menarik balik Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama, Isnin lalu bagi menggugurkan tiga daripada 51 Fasal, termasuk Fasal 46 yang menaikkan kadar kompaun maksimum daripada RM300 kepada RM1,000.

Turut digugurkan Fasal 8 yang melarang mana-mana pihak kecuali Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat, mengeluar, mengedar, menjual atau memasang nombor pendaftaran kenderaan, manakala Fasal 22 menaikkan had umur kelayakan memohon lesen memandu daripada 16 kepada 17 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata rang undang-undang yang diperhalusi itu dijangka dibentangkan semula bagi bacaan kali pertama pada sesi akan datang, 7 Jun ini. Beliau berkata, keputusan menarik balik rang undang-undang dan menggugurkan tiga Fasal dibuat selepas mendapat pengesahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya yang juga Ketua Whip, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya menerima surat bantahan mengenai rang undang-undang itu daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) sebelum perkara itu dirundingkan dengan pihak dewan dan dikemukakan untuk pengesahan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.

Pindaan itu menyatakan penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan
dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.
Selain itu, pindaan akta bertujuan memasukkan seksyen baru 13A yang memperuntukkan mana-mana orang yang didapati bersalah membuat, mengeluar, mengedar, menjual atau memasang plat nombor pendaftaran palsu boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pindaan Akta JPJ turut menaikkan penalti bagi kesalahan tidak memperaga plat nombor pendaftaran mengikut syarat daripada RM200 sebelum ini kepada tidak melebihi RM3,000.

Mohamed Nazri berkata, bagi had kelayakan memohon lesen, selain usia 16 tahun dilihat cukup matang, BNBBC melihat pindaan peruntukan akan menjejaskan aktiviti pelajar di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, BNBCC tidak bersetuju dengan peruntukan yang hanya memberi kuasa kepada JPJ membuat, mengeluar, mengedar atau memasang nombor pendaftaran kerana menjejaskan perusahaan kecil dan sederhana terutama di kawasan kampung dan estet, selain tiada jaminan tidak berlaku pemalsuan nombor pendaftaran.

Terdahulu, pada sidang media BNBBC diketuai Timbalannya, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, pihaknya memutuskan untuk membantah rang undang-undang berkenaan kerana didapati tidak mesra rakyat.

Beliau berkata, pihaknya mencadangkan supaya pembentangan untuk bacaan kali kedua ditangguhkan selepas memperoleh maklum balas Kementerian Pengangkutan, JPJ dan agensi berkaitan.

- BERITA HARIAN

7 Comment:

  1. saaya mahu tau lesen motor umur berpa boleh ambik pada tahun 2013

    tolong bagitahu

    plz............?

    BalasPadam
  2. rasenye masih umur 16 tahun untuk moto(b2) dan kereta 17 tahun untuk kereta(d)...............kalau nak tahu lebih lanjut terus rujuk sekolah memandu di kawasan yang berdekatan dengan anda........

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2016 umur untuk ambil lesen (b2) kekal sama ke atau naik kepada 17 tahun???

      Padam
    2. Saya berharap tahun dpn lesen (B2) dikekal
      Utk umur 16 tahun.

      Padam
  3. 2016 ini umur berapakah bole mengambil lesen motor sikal?

    BalasPadam
  4. kata 15thun boleh amikk lesen moto???btul ke

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90