Top Ad 728x90

Aznil duta buku


Selebriti terkemuka tanah air, Aznil Nawawi, 48, yang dipilih sebagai duta Pameran Buku Read Malaysia 2010 yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia, Mines Resort City pada 4 hingga 13 Jun ini diyakini mampu menarik lebih ramai pengunjung terutama kanak-kanak.

Penyelaras Acara Mines Exhibition Management Sdn. Bhd., Chang Pui Ei berkata, karakter Aznil yang mudah mesra dengan golongan kanak-kanak dapat mendidik mereka mencintai buku serta menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti harian.

"Kehadiran beliau nyata akan mampu menarik ramai pengunjung terutama kanak-kanak memandangkan beliau merupakan ikon disayangi dan diminati oleh golongan kanak-kanak di negara ini," katanya pada sidang akhbar di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Serdang di sini semalam.

Sementara itu, Aznil berkata, dia berasa gembira kerana terpilih menjadi duta pameran itu.

"Ini peluang terbaik untuk golongan ibu bapa membawa anak-anak terutama kanak-kanak tadika dan prasekolah, kerana ada pelbagai jenis buku untuk mereka, sama ada buku pendidikan atau buku cerita," katanya.

Dalam pada itu, lebih 400,000 pengunjung dijangka membanjiri pameran buku itu yang diadakan sempena musim cuti sekolah.

- KOSMO!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90