Pengundian pos Julai 2011 lebih kemas: SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin menggantikan sistem sedia ada dengan pengundian awal, yang diadakan dua atau tiga hari sebelum tarikh sebenar hari pembuangan undi dijalankan.
Semua pengundi pos yang berdaftar dengan SPR di kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan petugas SPR sendiri akan dikumpulkan dalam sebuah dewan yang dijadikan tempat mengundi dan langkah ini dipercayai lebih telus, selain dapat menjamin semua kertas undi dikeluarkan SPR, dipulangkan semua pengundi berdaftar, pada masa sama.
- BERITA HARIAN