Top Ad 728x90

Kemalangan maut berkurangan sejak 2005

Kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia menurun sejak 2005 hingga tahun lalu, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Pada tahun lalu, beliau berkata Malaysia menduduki tempat ke-46 daripada 172 negara dengan 3.55 kes kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar berbanding dengan 4.18 kematian pada 2005.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Wesak 2010 di sini, semalam, katanya, beliau terpaksa menjelaskan kayu pengukur digunakan pada peringkat antarabangsa bagi menerangkan keadaan keselamatan jalan raya di negara kerana mungkin ada pihak kurang yakin dengan keberkesanan kempen yang dijalankan berdasarkan liputan kemalangan ngeri disiarkan media.

“Biarpun kadar kes kematian kemalangan menurun, kementerian tetap dengan usahanya untuk mencapai korban sifar dalam kemalangan jalan raya yang juga satu matlamat yang begitu mencabar,” katanya.

Oleh itu, beliau berharap dengan pelbagai usaha yang dijalankan kedudukan Malaysia berkaitan kematian jalan raya bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar akan dapat diturunkan ke tangga 20 daripada 172 dalam tempoh lima tahun.

Ong berkata, sambutan Hari Wesak semalam agak istimewa kerana pelancaran kempen keselamatan jalan raya ini turut disertai oleh wakil-wakil persatuan agama Buddha, Hindu, Islam, Kristian dan Sikh yang membacakan doa memohon keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Program disertai badan bukan kerajaan dan Persatuan Penganut Agama Buddha Fo Guang Malaysia yang bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya menggalakkan orang ramai mengamalkan tiga amalan murni untuk keselamatan jalan raya iaitu berbudi bahasa, bertutur sopan dan berniat baik ketika pemanduan.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90