Top Ad 728x90

Penganut Buddha sambut Hari Wesak


KUALA LUMPUR 28 Mei - Penganut Buddha di seluruh negara hari ini meraikan sambutan Hari Wesak dengan mengunjungi kuil Buddha dan melakukan upacara sembahyang.

Sambutan itu diserikan dengan kunjungan hormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke rumah terbuka Wesak di tokong Buddha Maha Vihara, Brickfields di sini hari ini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri menyeru semua rakyat supaya bersama-sama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara model dalam konteks toleransi antara agama dan kaum.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menghadiri sambutan Hari Wesak anjuran Persatuan Buddist Malaysia Bahagian Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Klang Lama di sini.

Ketika berucap pada sambutan itu, beliau meminta semua rakyat tidak kira agama, bangsa dan kaum bersama-sama mengamalkan budaya harmoni selain mengutamakan perpaduan dan toleransi bagi menjamin kesejahteraan negara.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat pula hadir di Padang Besar Air Panas, Setapak untuk meraikan sambutan hari berkenaan bersama-sama kira-kira 300 penduduk berdekatan.

Pada majlis sambutan anjuran Persatuan Buddha Miao You itu, beliau turut memberi sumbangan lapan buah komputer kepada dua sekolah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil St. Joseph Sentul dan Sekolah Kebangsaan Marian Convent Air Panas.

Sementara itu di Pulau Pinang, seramai 5,000 pejalan kaki dan 69 buah kereta berhias menyertai perarakan Hari Wesak.

Perarakan tersebut bermula di Persatuan Buddha Pulau Pinang dan melalui beberapa jalan utama iaitu Jalan Perak, Lebuh Raya Peel, Jalan Anson, Jalan Macalister, Jalan Kelawai, Jalan Burma dan berakhir di tempat persatuan itu.

Perarakan itu turut disertai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Di Kota Kinabalu, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Pang Yuk Min yang menyambut Hari Wesak bersama keluarganya mengajak semua lapisan rakyat di negeri itu memelihara kemakmuran dan mengeratkan hubungan antara kaum.

Katanya, gagasan 1Malaysia berteraskan pembinaan sebuah negara bangsa yang bersatu padu perlu dihayati semua pihak.

Di Seremban, kira-kira 3,000 penganut agama Buddha membanjiri sebuah kuil Buddha di Lobak di untuk melakukan upacara sembahyang dan mempamerkan pengabdian kepada Buddha sempena sambutan Hari Wesak.

Selain itu, mereka turut berarak selama dua jam bermula pada pukul 7 malam dengan mengelilingi bandar tersebut.

Di Johor Bahru, kira-kira 2,000 penganut agama Buddha berkumpul di Pusat Buddha Go Guang untuk meraikan Hari Wesak.

Di Ipoh, Pusat Tibetan-style Enlightened Heart Buddhist di Tambun menjadi tumpuan utama penganut agama Buddha dari seluruh Perak untuk bersembahyang dan menjalankan upacara keagamaan hari ini.

Sementara itu, Exco Kesihatan Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkunjung ke Persatuan Buddha Malaysia cawangan Perak di Jalan Pasir Putih di sini bagi menjalankan upacara keagamaan sebelum menyerahkan peruntukan RM50,000 kepada persatuan berkenaan.

TIGA kanak-kanak (dari kiri) Ng Kim Shin, Terry Jong dan Chang Yang Poh membotakkan kepala untuk menjadi sami kecil bagi menyertai perarakan sambutan Hari Wesak di Tokong Persatuan Sa Thai Buddhist, Kuching, semalam.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90