Perisian pendidikan di BestariED

TM Smart School (TSS) menyediakan kandungan untuk pendidikan secara komprehensif di laman webnya www.bestaried.com.my

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zainudin Ismail berkata, bestariED merupakan mall pendidikan untuk semua tahap pembelajaran dari prasekolah sehingga tingkatan lima.

Menurut beliau, isi kandungan laman web ini meliputi bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P), permainan pendidikan dan juga e-kamus.

Katanya, bahan-bahan perisian multimedia terbitan TSS juga boleh didapati dalam bentuk cakera padat (CD) interaktif dan pendrive dengan harga yang berpatutan.

"BestariED adalah portal untuk pelajar membuat persediaan menduduki peperiksaan secara kendiri di mana sahaja pada bila-bila masa," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, Ibu bapa juga boleh memantau prestasi dan tahap pencapaian anak masing-masing jika melanggan perkhidmatan e-Exam yang ditawarkan di laman BestariED.

"TSS juga menawarkan alat pengarangan LectureMAKER khas untuk guru dan pensyarah menyediakan bahan P&P," ujar Zainudin.

Produk lectureMAKER ini, katanya, membolehkan guru membangunkan perisian pembelajaran sendiri dalam format multimedia untuk mewujudkan proses P&P yang menyeronokkan dan berkesan di dalam bilik darjah.

Selain itu, Zainudin menawarkan para pengusaha dan pembangun perisian pendidikan untuk meletakkan produk mereka di BestariED dengan menghubungi TSS di talian 03-20925252 atau e-mel ke zainudin@tss.com.my
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url