Terminal Bas Jalan Hang Tuah beroperasi 15 Mei 2010

Terminal Bas Jalan Hang Tuah akan digunakan sepenuhnya bagi operasi bas ekspres jarak dekat iaitu perjalanan dari bandar raya ini ke Seremban, Negeri Sembilan dan Tanjung Malim, Perak mulai 15 Mei 2010.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dalam kenyataannya berkata, langkah itu bertujuan menampung sebahagian daripada keperluan orang ramai bagi perjalanan bas ekspres jarak dekat, manakala Terminal Sementara Bas Ekspres di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil untuk bas jarak jauh.

Pembinaan Terminal Bas Jalan Hang Tuah sebagai Holiday Bay bertujuan menjadikan ia terminal khas lebih sistematik.

Orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan bas ekspres itu dengan menggunakan kemudahan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Hang Tuah, stesen Monorail Hang Tuah dan Bas Perantara disediakan Rapid KL dan teksi. Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi 03-2614 4222 atau 1-800-88-3255
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url