Beza Otak Lelaki Dan Otak Perempuan
Kajian mendapati, wanita memperuntukkan lebih banyak bahagian otak kepada membuat keputusan, emosi dan keupayaan mengemudi, sesuatu yang memeranjatkan kerana tanggapan umum golongan berkenaan lemah membaca peta.
Bagaimanapun, otak lelaki pula cuma mengesahkan 'stereotaip' dengan penekanan lebih besar terhadap seks. Namun, perbezaan jantina tidak terhenti di situ, dengan lelaki dan wanita menggunakan kaedah berbeza memproses kesakitan dan emosi.
Malah, selera mereka juga berbeza bagi dadah terlarang berpunca daripada pembentukan otak, kata penyelidik selepas mengukur dan membandingkan 45 bahagian otak pada lelaki dan wanita.
Ini berbeza dengan teori dipakai sekian lama bahawa perbezaan cara dua jantina itu berfikir adalah disebabkan tekanan sosial dan proses pembesaran, atau tindakan hormon seks.
Laporan majalah New Scientist menyebut: "Bagi kebanyakan bahagian, pembentukan asas otak, dan cara ia berfungsi, difikirkan sama bagi kedua-dua jantina. Penyelidikan mendedahkan otak lelaki dan wanita dibina daripada genetik induk ditanda secara berbeza.
"Ada juga perbezaan dalam proses genetik itu dan kimia yang menyampaikan mesej. Semua ini membawa kepada rumusan ada dua jenis otak, bukan satu."
- Agensi