Artis tempatan celik ilmu


"Saya mula belajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada umur 74 tahun dan berjaya memperolehi PhD (Ijazah Doktor Falsafah) selepas tempoh dua tahun tiga bulan. Kalau saya boleh, mengapa tidak anda yang masih muda?" soal pembawa status salah seorang alumni universiti berkenaan dan penggiat seni tersohor, Tan Sri Dr. Jins Shamsudin.

Tidak dinafikan, lembut sahaja ucapan Jins kepada khalayak di depannya. Namun, dalam erti kata lain, kenyataan itu sifatnya sinikal. Begitupun, tiada yang lain, dia meniup semangat buat golongan artis, penggiat seni termasuk pengamal media untuk menyambung pelajaran pada tahap lebih tinggi.

"Untuk melangkah kaki dalam lapangan glamor, bakat tidak disangkal menjadi syarat utama. Tetapi, harus diingat, persediaan diri akan lebih mantap jika dibalut kelulusan tinggi. Malah, jika tidak lagi popular atau bersara, ilmu ditimba mampu membantu hari mendatang," jelas Jins ketika ditemui pada majlis penyerahan surat tawaran kemasukan 38 artis ke UUM berlangsung di Hotel Nikko, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berfungsi sebagai pusat pengajian prihatin dan menjalankan tanggungjawab sosial buat tiga golongan itu, UUM memperkenalkan program khas pengajian luar kampus. Dua kursus itu - Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) dan Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa (Kepujian).

- KOSMO!
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url