ECRL sasar 1.4 juta penumpang setahun

 


Kira-kira 1.4 juta penumpang disasar menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) setahun bermula 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, sasaran itu melibatkan anggaran kadar pengisian penumpang sebanyak 60 peratus pada peringkat awal operasi.

Katanya, jumlah keseluruhan tempat duduk yang dirancang untuk disediakan bagi perkhidmatan berkenaan sepanjang tahun hadapan pula adalah sekitar 2.2 juta.

“Sebanyak 16 perjalanan sehari akan disediakan dari Jumaat hingga Ahad melibatkan lapan perjalanan bagi setiap arah, manakala 12 perjalanan sehari dari Isnin hingga Khamis dengan enam perjalanan bagi setiap arah.

“Pada peringkat permulaan, sebanyak 10 set tren Electric Multiple Unit (EMU) akan digunakan dengan kelajuan operasi sehingga 160 kilometer sejam bagi menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

“Tren dengan konfigurasi kelas Ekonomi dan Ekonomi Premium mempunyai kapasiti sehingga 425 penumpang manakala konfigurasi yang turut merangkumi kelas Perniagaan mempunyai kapasiti 409 penumpang,” katanya pada sidang akhbar pengumuman kadar tambang ECRL di Stesen ECRL di Gombak. 

– KOSMO

Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url