PTPTN perkenal saluran interaksi
Antaranya Laman Web http://www.ptptn.gov.my, hotline di Call Centre 03-20927788, e-mel di alamat webmaster@ptptn.gov.my, ruangan e-forum PTPTN, perkhidmatan SMS, Kaunter One Stop Centre di KL Sentral serta Info Centre PTPTN di Sabah dan Sarawak.
PTPTN juga menyedari jumlah panggilan akan meningkat pada sesi arus perdana kemasukan pelajar IPTA pada awal Julai dan Disember setiap tahun. Untuk menanganinya, mulai tahun ini Call Centre PTPTN menyediakan perkhidmatan tambahan mulai jam 8 pagi hingga 12 malam setiap hari bekerja mulai 21 Jun sehingga 31 Julai lalu.
Dengan mengambil kira kecenderungan pelajar membuat permohonan pada dua hari terakhir sebelum tarikh tutup semasa arus perdana, PTPTN juga menyediakan 28 talian khas yang akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 12 malam hari bekerja pada 2 hari terakhir sebelum tarikh tutup permohonan. Nombor talian itu dipaparkan melalui laman web PTPTN.
Pada masa sama, PTPTN juga membuka kaunter tambahan di One Stop Center di KL Sentral dan di Ibu Pejabat PTPTN, Wisma Chase Perdana bagi membantu pelajar mengisi permohonan secara atas talian pada dua hari terakhir sebelum tarikh tutup permohonan.
Untuk ‘Pembayar Setia’ yang membuat bayaran melalui potongan gaji sejak 10 tahun lalu, PTPTN ingin memaklumkan lebih mudah bagi beliau mendapatkan penyata akaun yang memaparkan jumlah bayaran setiap bulan melalui Laman Web PTPTN. Anda juga boleh mencetak penyata itu untuk tujuan semakan lanjut.
NOORA MD YUSOFF,
bp Ketua Eksekutif PTPTN.
- BERITA HARIAN