Top Ad 728x90

Semakin Ramai Kaum Cina Mohon Sektor Kerajaan

Bilangan permohanan dan pelantikan kaum Cina dalam perkhidmatan awam pada tahun 2009 mencatatkan peningkatan 100 peratus berbanding 2007, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Katanya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima 25,789 permohonan daripada kaum itu pada tahun lepas berbanding 12,872 dua tahun sebelumnya manakala 2,600 dilantik sebagai penjawat awam pada 2009 berbanding 1,323 pada tahun 2007.

Beliau berkata data yang diperoleh setakat Jun tahun ini menunjukkan jumlah penjawat awam di Malaysia adalah sebanyak 1.29 juta orang yang merangkumi kaum Melayu 77 peratus, diikuti Bumiputera Sabah dan Sarawak (8.7 peratus), Cina (6 peratus), India (4 peratus) dan lain-lain (4.3 peratus).

Kerajaan berazam untuk menambah bilangan penjawat awam bukan Melayu dalam pentadbiran negara dan pelbagai langkah telah diambil sejak tiga tahun lepas bagi menarik minat golongan ini, katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan wakil dari Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) mengenai isu pengambilan kaum Cina sebagai penjawat awam.

Turut hadir pada sesi dialog tersebut ialah Presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah, Naib Presiden Lau Chee Boon dan Setiausaha SPA Datuk Lamien Sawiyo.

"Antara langkah yang telah diambil oleh pihak SPA termasuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang terdiri daripada timbalan pengerusi SPA dan anggota-anggota SPA bukan Melayu untuk menjalankan pelbagai usaha."

Koh berkata usaha itu dipergiatkan lagi setelah gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kerajaan Malaysia mementingkan kepelbagaian dalam menawarkan perkhidmatan kepada rakyat. Maka kami berharap semua kaum dapat mengambil wataknya dalam perkhidmatan awam untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam."

SPA dan Hua Zong akan mengadakan sesi permohonan sebagai penjawat awam pada 4 Sept di pejabat Hua Zong di sini bagi membolehkan orang awam terutamanya kaum Cina yang berminat untuk memasuki bidang perkhidmatan awam menghantar permohonan.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90