Top Ad 728x90

iPhone 4 bukan pencetus perang harga


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Maxis Bhd., mahu pengguna iPhone 4 menikmati pengalaman rangkaian akses data berkelajuan tinggi yang lebih baik, bukan mahu mencetuskan perang harga.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sandip Das berkata, ia bukan mengenai harga yang lebih murah atau yang lebih mahal tetapi lebih menjurus kepada pengalaman dalam rangkaian data.

Beliau menambah, rangkaian generasi ketiga (3G) milik Maxis jauh lebih besar daripada operator lain.

"Kami menguasai 60 peratus liputan rangkaian 3G negara ini," katanya sempena pelancaran iPhone 4 di Malaysia malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang harga yang berbeza-beza bagi iPhone 4 yang ditawarkan oleh satu lagi pengendali.

Maxis menawarkan empat pelan baharu iValue bagi pelanggannya -- iValue 1, iValue 2, iValue 3 dan iValue 4 -- masing-masing pada harga RM100, RM155, RM250 dan RM375 sebulan.

Selain memperkukuh dan menaikkan taraf rangkaian terasnya, kata Das, Maxis juga sedang membangunkan ekosistem kandungan yang akan memenuhi keperluan pengguna pada masa akan datang.

"Ini termasuklah perkongsian dengan penyedia kandungan dan pengeluar peranti dunia dan tempatan, serta berusaha mempermudah dan memperkaya antara muka, aplikasi dan portal akses pengguna," katanya.

Beliau berkata, bekalan menampung permintaan mencukupi kerana Maxis menerima peruntukan besar daripada Apple.

Das memberi jaminan telefon pintar itu tidak mempunyai masalah antena kerana Maxis menawarkan sistem kendalian versi terbaru, iOS4.

Selepas pelancaran, pelanggan-pelanggan boleh membeli telefon berkenaan di pusat-pusat Maxis terpilih di Lembah Klang, Kuala Lumpur City Centre, Sunway, Pavilion, Gardens dan Taman Tun Dr. Ismail pada 26 September.

Telefon itu boleh didapati di seluruh negara di semua pusat Maxis dan rakan kongsi eksklusif Maxis pada 27 September.

Sementara itu, sumber Maxis memberitahu Utusan Malaysia, setelah tujuh jam pelancaran telefon pintar iPhone4, sebanyak 3,000 buah telefon tersebut berjaya dijual di Lembah Klang dengan tempahan dalam talian 65,000 buah di seluruh negara.

Malah, orang ramai ramai dikatakan berbaris seawal pukul lapan malam, semalam untuk mendapatkan telefon pintar tersebut yang dilancarkan pada tengah malam tadi.

DiGi

Sementara itu, DiGi pula secara keseluruhan menawarkan iPhone 4 pada harga RM2,490 untuk 32GB dan RM2,090 bagi 16GB, namun pengguna boleh memilih kemudahan pembayaran yang disediakan DiGi di bawah pelan pembayaran ansuran mudah tanpa faedah selama 24 bulan atau 36 bulan.

DiGi turut menyediakan tiga pelan utama untuk langganan iPhone 4 dengan kontrak selama 24 bulan iaitu iDiGi 88, iDiGi 138 dan iDiGi 238 dengan masing-masing membabitkan komitmen bayaran bulanan sebanyak RM63, RM93 dan RM168.

Bagi pelanggan yang mendaftar dalam tempoh promosi, DiGi menawarkan tawaran istimewa tambahan iaitu rebat sehingga RM5 sebulan menerusi Auto Billing sekali gus membolehkan pengguna menikmati bayaran bulanan yang lebih rendah sehingga tempoh ditetapkan.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90