M.Rajoli Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis.

Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam, Jumaat, di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

Allahyarham di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu.

M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.

- MSTAR
Next Post Previous Post
1 Comments
  • hazeleyed lady
    hazeleyed lady Sabtu, 18 September 2010 pada 2:28:00 PG SGT

    Dari Nya kita didatangkan...kepadaNya kita dikembalikan. Semuga rohnya dicucuri Rahmat Allah.

Add Comment
comment url