Bajet 2011 - Cukai jualan telefon mudah alih dimansuh

Kerajaan bercadang mengecualikan cukai jualan untuk telefon mudah alih, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Bagi mengharmonikan layanan cukai ke atas "Personal Digital Assistant" (PDA) dengan "Global System Mobile" (GSM) dan telefon mudah alih biasa, kerajaan mencadangkan telefon mudah alih dikecualikan daripada cukai jualan," kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa ini, telefon mudah alih biasa tertakluk kepada 10 peratus cukai jualan sedangkan PDA dan GSM, yang juga berfungsi sebagai telefon mudah alih, diberikan pengecualian cukai menerusi Perintah (Pengecualian) cukai jualan 2008.

Oleh itu, layanan cukai jualan ke atas telefon mudah alih dan peralatan lain mungkin berfungsi sebagai telefon mudah alih seperti PDA dengan GSM, tidak sama.

- MALAYSIAKINI
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url