Top Ad 728x90

,

Bajet 2011 - RM365 juta - penyelidikan, penganjuran sukan

Kementerian Belia dan Sukan diberi peruntukan RM365 juta untuk pembangunan dan penyelidikan dalam sektor itu selain memperbanyakkan lagi penganjuran sukan antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata peruntukan itu bertujuan melahirkan atlet berdaya saing dan membangunkan sukan prestasi tinggi.

"Selain itu, bagi memajukan sukan bola sepak, kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi menubuhkan Akademi Bola Sepak di Pahang dalam usaha melahirkan pemain yang berkualiti dan berkemahiran tinggi," kata beliau ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut memuji prestasi kontinjen Malaysia yang beraksi di Sukan Komanwel ke-19 di New Delhi yang berakhir semalam selepas mengutip 12 pingat emas, sekaligus melepasi sasaran 10 emas.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemenang pingat yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Pencapaian pingat di temasya ini juga merupakan rekod rangkulan emas terbaik negara dalam penyertaan di Sukan Komanwel," kata beliau.

Kontinjen negara mengutip 12 emas, 10 perak dan 13 gangsa daripada temasya di New Delhi, yang bermula pada 3 Okt lepas, dan merupakan kutipan emas terbaik Malaysia sejak mula menyertai Sukan Komanwel di Cardiff, England pada 1958.

Kutipan emas terbanyak Malaysia sebelum ini ialah pada edisi 1998 di Kuala Lumpur dengan 10 emas sementara bagi edisi di luar negara, kutipan terbaik ialah di Manchester pada 2002 dengan tujuh emas dan di Melbourne pada 2004, dengan jumlah emas yang sama.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90