Facebook umum perkhidmatan baru
PALO ALTO, CALIFORNIA - Rangkaian sosial Facebook dilengkapi dengan perkhidmatan terbaru yang memberikan pengguna lebih banyak kawalan maklumat.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di ibu pejabat rangkaian sosial itu di sini.
Perkhidmatan terbaru itu membolehkan pengguna-pengguna memuat turun semua maklumat mereka di Facebook ke komputer peribadi.
Rangkaian sosial itu turut membenarkan 500 juta anggota Facebook untuk menempatkan rakan mereka dalam pelbagai kategori seperti keluarga, jiran, pekerjaan, pasukan sukan dan kolej.
Pengguna-pengguna itu boleh memilih rakan yang boleh berkongsi maklumat dengan mereka.
- KOSMO!