PruBSN Ummah bantu tunaikan kewajipan

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Prudential BSN Takaful Bhd. (PruBSN) telah melancarkan PruBSN Ummah, produk yang pertama seumpamanya yang menyasarkan orang-orang Islam.

"Kami sangat gembira dengan respons terhadap PruBSN Ummah. Produk kami direka bentuk dengan mengambil kira kepentingan para pelanggan dan keperluan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Azim Mithani dalam satu kenyataan hari ini.

PruBSN Ummah adalah satu pelan Takaful Keluarga yang unik yang direka bentuk khusus untuk membantu orang Islam menzahirkan kewajipan keagamaan masing-masing dan pada masa yang sama menyediakan mereka perlindungan dan simpanan.

Lebih-lebih lagi, PruBSN Ummah menyediakan simpanan bagi bakal jemaah haji dan umrah, menawarkan bonus kesetiaan, menyediakan keselamatan kewangan daripada kematian yang belum sampai pada masanya atau kecacatan keseluruhan yang berkekalan dan perlindungan penyakit yang kritikal.

Ia turut menawarkan khidmat penulisan wasiat, sekali gus menjadi satu pelan yang benar-benar komprehensif.

"Kesemua pengedar kami sangat teruja mengenai PruBSN Ummah kerana mereka melihat ini sebagai satu pelan takaful yang unik di dalam pasaran Takaful bagi menguasai segmen pasaran baharu," kata Azim.

"Saya berkeyakinan bahawa kami akan berupaya menawarkan liputan yang lebih baik pada masa depan, dengan mereka bentuk dan mempromosikan pelan yang menarik bagi sebahagian besar pasaran dan mengekalkan kepimpinan pasaran kami dalam bahagian itu," katanya.

- Bernama
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url