183,664 Peminjam Beri Maklum Balas Mengenai Kos Pentadbiran Baru PTPTN
Beliau berkata seramai 800,000 peminjam akan ditawarkan dengan tawaran itu di mana sehingga kini perbadanan itu telah memaklumkannya kepada 500,000 peminjam melalui surat dan poskad.
Katanya kerajaan yang prihatin dengan aduan peminjam mengenai caj pelarasan PTPTN sehingga lima peratus sebelum ini yang dikatakan membebankan pembayaran semula, telah menyelaraskannya sehingga menjadi satu peratus pada 2008.
"Kata lima peratus tinggi, kita turunkan kepada empat peratus, tinggi, kita turun kepada tiga peratus tinggi, jadi kita bincang dan kabinet telah putuskan kita turunkan kepada satu peratus," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Terdahulu, beliau menyampaikan cek pelarasan kos pentadbiran daripada tigaperatus kepada satu peratus kepada lapan pelajar Institusi Pengajian Tinggi(IPT)yang terpilih.
Ismail berkata PTPTN akan cuba membantu bekas peminjam yang telah disenarai hitamkan oleh Jabatan Imigresen.
"Kenapa sampai dia (peminjam) disenaraihitamkan? Apa masalah dia? Apakeupayaan dia untuk membuat bayaran? Maknanya kita jemput dia datang berbincangdengan kita," katanya.
- BERNAMA