Top Ad 728x90

Kenaikan tol KL-Karak dan Pantai Timur dibeku

Kerajaan hari ini mengumumkan pembekuan kenaikan tol untuk tempoh lima tahun di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh raya Pantai Timur (Fasa 1).

Manakala tol konsesi Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan persilangan Salak dan persilangan Taman Connaught, di ibu negara ditamatkan.

Tempoh konsesi sepatutnya tamat 2018.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Katanya, pembekuan dan penamatan konsesi tol itu dijangka berkuatkuasa setelah urusan dokumentasi pada Mei ini.

"Di samping itu, saya juga telah meminta supaya tempoh konsesi tidak dilanjutkan dan yang lebih penting lagi tiada pampasan akan diberi oleh kerajaan untuk semakan tol tertunggak," katanya.

Menurut Najib, penutupan tujuh tahun lebih awal itu akan memberi manfaat kepada 39 juta pengguna jalan raya.

"Inisiatif ini adalah manifestasi kesungguhan kerajaan untuk mencari penyelesaiaan berhemah dalam isu tol," katanya.

- MALAYSIAKINI

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90