Kontrak GSTT disambung semula

Seramai 1,614 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan kembali senyum apabila Kementerian Pelajaran menyambung semula kontrak yang ditamatkan tahun lalu dalam masa terdekat bagi menampung kekurangan tenaga pengajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata bagi 578 guru GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak tahun lalu pula, kementerian turut memutuskan mengkaji semula kedudukan mereka berikutan sebahagian besar daripada mereka hanya berkhidmat selama dua tahun.

Katanya, guru GSTT yang disambung kembali kontraknya adalah mereka yang berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut.

Kementerian juga dalam proses untuk menyerap guru GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).

“Kita akan panggil kembali (guru GSTT) untuk ditempatkan semula di sekolah yang ada kekurangan guru. Jika sekolah mereka (mengajar) sebelum ini sudah dipenuhi guru terlatih, maka guru GSTT ini akan ditempatkan di sekolah lain.

“Daripada 1,614 guru GSTT berkenaan 388 akan ditempatkan di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah. Kedudukan guru GSTT di Sabah pula kita akan kaji, kerana ada juga guru GSTT yang berkhidmat lebih tiga tahun tetapi tidak secara berturut-turut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, guru GSTT yang ditamatkan kontrak oleh Kementerian Pelajaran merayu supaya kontrak mereka dilanjutkan semula selain berharap dapat diserap sebagai guru tetap.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan, berkata kementerian perlu mencari mekanisme khusus untuk menyerap lebih ramai guru GSTT sebagai guru tetap.

“Kalau boleh kementerian turut memanggil kembali guru GSTT yang sudah bertugas lebih setahun ataupun dua tahun, kerana mereka ini sudah memiliki pengalaman. Jadi kumpulan ini juga perlu dipertimbangkan,” katanya.

Hashim berkata, guru GSTT lepasan ijazah perlu diberi ruang untuk diserap sebagai guru tetap terutama bagi menampung keperluan kekurangan guru di sekolah menengah.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
6 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 23 Januari 2011 pada 9:30:00 PTG SGT

    kenapa perlu ada perbezaan diantara semenanjung dengan Sabah...kenapa GSTT di Sabah perlu dipertimbangkan...walaupun berkhdimat kurang daripada 2 tahun namun GSTT ini turut sama berbakti kpd KPM sekali gus kepada nusa dan bangsa.apa bezanya....seolah-olah Sabah dipinggirkan...sedangkan kami anak jati sabah harus menerima keistemewaan seperti anak jati semenanjung dapat

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 23 Januari 2011 pada 10:32:00 PTG SGT

    sgt bagus guru GSTT ditawarkan KPLI..mereka dh ada pengalaman berbanding mereka2 yg xde xperience jadi cekgu mintk KPLI sebagai jalan terakhir.Tahniah guru GSTT!!!

  • Unknown
    Unknown Khamis, 27 Januari 2011 pada 2:16:00 PG SGT

    Salam.
    Kalau hanya mengutamakan guru GSTT yang mempunyai pengalaman 3 tahun dan ke atas sahaja, bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai pengalaman 1 atau 2 tahun?? Kalau pun tidak dapat diserapkan kepada guru tetap, diharapkan dapat disambungkan kontraknya sebagai guru GSTT untuk tahun 2011 ini.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 27 Januari 2011 pada 11:32:00 PTG SGT

    ayunie
    saya setuju pendapat erma.walaupun sebelum ni ada pengalaman cuma 1 atau 2 tahun dalam gstt,namun ada setengah orang ada pengalaman jadi guru ganti atau guru kontrak sebelum dapat gstt.tu pun perlu tengok jugak.kalau tidak disambung, apalah nasib mereka nanti yang terpaksa menganggur.macam mana kami nak bayar hutang ptptn.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 27 Januari 2011 pada 11:43:00 PTG SGT

    tolonglah kami.kami sangat2 memerlukan kerja ni.kami pun dah berumur.mintak kpli dan dpli tak pernah dapat walaupun ada pengalaman.orang yang baru keluar universiti senang je dapat.kami yang dah lama keluar universiti ni langsung tak pandang.ada yang cakap sebab susah nak dapat kpli dan dpli kerana kursus tidak bersesuaian.tapi kami gstt boleh je mengajar walaupun kursus tidak bersesuaian.alhamdulillah,gstt adalah rezeki sangat2 bagi kami.jadi harap2 kami dipanggil lagi berkhidmat untuk tahun ini.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 5 Mac 2011 pada 1:09:00 PG SGT

    Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Teras kelima: Memartabatkan Profesion Perguruan. m/s 110 PIPP:
    – Mensifarkan GSTT

Add Comment
comment url