Redmummy - Blog popular jana pendapatan tertinggi


Gambar Kredit - Redmummy.com


Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.

"Blog saya pernah mencapai jumlah tertinggi kira-kira RM12,000 sebulan" kata Mira Abu Bakar, pemilik blog Redmummy.com

Blogger yang berasal dari Machang, Kelantan ini menambah, walaupun telah membuktikan blog boleh menjana pendapatan tinggi tetapi ia memerlukan komitmen berterusan daripada penulis blog apatah lagi yang masih baru.

Pengendali blog perlu isytihar perolehan online kepada LHDN

Ramai pengendali blog di negara ini tidak mengetahui mereka sepatutnya dikenakan cukai pendapatan melalui aktiviti itu walaupun ia dilakukan secara sampingan.

Perkara itu diakui beberapa pengendali blog yang pernah menerima arahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengisytiharkan pendapatan hasil keuntungan kegiatan melalui online.

- BERITA MINGGU
Next Post Previous Post
2 Comments
  • suffer8zine
    suffer8zine Isnin, 24 Januari 2011 pada 8:35:00 PG SGT

    ape2 pun x lari dpd cukai

    Terkini : 10 Sebab Lelaki Membujang

  • Kak Mahh
    Kak Mahh Ahad, 15 Mei 2011 pada 8:36:00 PG SGT

    Cukai tetap kena bayar apatah lagi dah masuk paper.

Add Comment
comment url