Top Ad 728x90

,

Tabiat baca rakyat Malaysia naik 1.3 peratus

Tabiat membaca di kalangan orang ramai meningkat sedikit sebanyak 1.3 peratus tahun lepas dengan 56,676 telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan tempatan di seluruh negara, menurut statistik Perpustakaan Negara.

Timbalan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata dalam tempoh itu 776,347 buku telah dipinjam oleh para pembaca iaitu peningkatan 9.5 peratus berbanding 2009.

Beliau memberikan butiran ini semasa melancarkan kempen galakan membaca 1Malaysia, kali pertama tahun ini, di sebuah rumah panjang Iban, Rh. Ijam di Nanga Sebuntang di kawasan Parlimen Julau di Julau, malam tadi.

"Rakyat Malaysia terutama di kawasan bandar pada umumnya kini mula menanam tabiat suka membaca.

"Bagi yang tinggal di kawasan luar bandar patut mengikut langkah ini bagi memastikan mereka tidak ketinggalan bagi mendapatkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan semasa," katanya.

Salang berkata adalah penting supaya orang ramai mengamalkan budaya itu secara berterusan agar usaha kerajaan bagi merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar dapat menjadi kenyataan.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Salang berkata, beliau akan berusaha mewujudkan lebih banyak perkampungan Wi-Fi bagi melengkapkan usaha Perpustakaan Negara bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berpendidikan dan berpengetahuan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai yang meminjam buku dari perpustakaan supaya memulangkannya mengikut jadual bagi memberi peluang orang lain meminjamnya pula.

"Kami bangga bilangan yang gagal memulangkan buku-buku mengikut jadual tidak banyak. Meminjam buku adalah satu latihan mengenai disiplin peribadi," katanya.

Salang juga menyampaikan bantuan khas berjumlah RM100,000 dari kementeriannya kepada lebih 20 pertubuhan agama dan sosial dari daerah Julau dan Pakan.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90