Tip Bestari - Memulih dan meningkat kecerdasan akal

Akal yang rosak boleh dipulihkan kecuali yang berpunca daripada ketagihan dadah yang kronik.

Abu Umamah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Luqman pernah berpesan kepada anaknya, hendaklah kamu selalu bergaul dengan golongan ulama dan mendengar perkataan hukamak (bijak pandai) kerana sesungguhnya, Allah s.w.t menghidupkan hati yang mati itu dengan cahaya ilmu dan kecemerlangan hikmah sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan". (Hidayatul Mukhtar: 138)

> Penawar untuk memperbaiki hati dan menolak reraguan
- Memakan makanan dan minuman yang halal
- Sentiasa menjaga diri daripada terbabit dengan perkara haram dan dimurkai Allah

- Memelihara anggota zahir seperti mata, telinga, tangan dan kaki daripada terbabit dengan perkara yang dilarang Allah
- Memelihara anggota batin iaitu hati dan akal daripada dosa dan maksiat batin

- Mengatur diri dengan pelaksanaan ilmu pengetahuan
- Menjaga rahsia
- Memohon dengan merendahkan diri kepada Allah agar Dia melindungi diri dan kemahuan anda daripada godaan syaitan

> Ubat hati
- Membaca al-Quran dengan memahami maknanya
- Sederhana dalam makan dan minum
- Selalu qiyamullail
- Bergaul dengan orang soleh
- Beristighfar di malam sebelum Subuh

> Menambah kecerdikan akal
- Sering berada di samping ulama
- Gigih mencari ilmu
- Bergaul dengan orang soleh supaya terdorong untuk menambah takwa
- Meninggalkan perkara yang sia-sia

(Dipetik dari buku: Bimbingan Kecemerlangan Diri - Panduan Mencerdaskan Minda tulisan Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood terbitan Telaga Biru)

- HARIAN METRO
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url