Top Ad 728x90

UTeM sasar 15,000 siswazah jurutera 2015

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) menyasarkan 15,000 jurutera berkemahiran teknikal tinggi menjelang 2015 bagi memenuhi keperluan kerja teknikal negara yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan berkata, universiti teknikal itu akan memfokus untuk melahirkan siswazah yang memenuhi 60 peratus pengajaran praktikal dan 40 peratus akademik berbanding 20 peratus praktikal dan 80 peratus akademik pada masa itu.

"Oleh kerana UTeM pada masa ini melahirkan jurutera aliran akademik, sasaran 2015 yang ditetapkan oleh KPT untuk melahirkan siswazah yang lebih terlatih dalam bidang praktikal memerlukan fokus peralihan ketara daripada akademik kepada praktikal untuk memenuhi sasaran itu,” katanya kepada media selepas menyampaikan perutusan Naib Canselor 2011 kepada para penuntut di kampus tetap UTeM, di sini hari ini.

Daripada 15,000 siswazah pada 2015 itu, UTeM akan melahirkan 9,000 siswazah berkelulusan teknikal dan 6,000 berkelulusan akademik.

Kini UTeM mempunyai lebih 7,500 penuntut dan 750 tenaga pengajar akademik bagi enam fakulti iaitu empat fakulti kejuruteraan, sebuah fakulti teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) dan sebuah fakulti pengurusan teknologi dan tekno keusahawanan.

– Bernama

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90