Bank Rakyat perkenal kad i debit Orchid


KUALA LUMPUR 8 Feb. - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) menyasarkan sebanyak 75,000 pemegang kad debit-i atau dikenali sebagai Kad Orchid menjelang akhir tahun ini.

Kad debit itu adalah hasil kerjasama Bank Rakyat dengan Mastercard.

Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, permohonan bagi mendapatkan kad debit itu boleh dibuat di semua rangkaiannya di seluruh negara dan ia dikeluarkan dengan serta-merta.

Menurut beliau, permohonan kad itu terbuka kepada para pelanggan yang berusia 18 tahun ke atas dan mesti memiliki akaun simpanan dengan deposit minimum RM200.

Pemegang kad itu tidak dikenakan yuran keahlian dan pemprosesan manakala yuran tahunan hanya sebanyak RM8.

Bagaimanapun, yuran tahunan untuk tahun pertama dikecualikan.

Kamaruzaman berucap demikian di Majlis Pelancaran Kad Debit-i yang disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kamaruzaman menambah, Kad Debit-i Bank Rakyat itu menggunakan konsep Syariah wakalah dan ujrah.

Sebagai kad debit Islam, Kad Orchid hanya diterima untuk transaksi halal sahaja.

Beliau berkata, Bank Rakyat memperkenalkan kad debit itu sebagai usaha mendisiplin perbelanjaan bulanan dengan cara yang bijak.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url